Tue. Oct 15th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Kami sokong Kit Siang sebagai speaker dewan rakyat!” – Pemuda DAP

2 min read

Kuala Lumpur, 13 Julai: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menyatakan sokongan penuh sekiranya pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang dilantik sebagai speaker Dewan Rakyat yang baru, lapor Malaysiakini.

DAPSY dengan ini menyokong penuh saudara Lim Kit Siang sebagai Speaker Dewan Rakyat penggal ke-14. Jasa saudara Lim untuk mengukuhkan demokrasi serta memelihara hak semua rakyat Malaysia sejak beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen pada tahun 1969 adalah perjuangan tidak terhingga.

Malah hujah-hujah beliau mempertahankan perlembagaan persekutuan dan menyuarakan isu-Isu rakyat tanpa mengira latar belakang adalah sesuatu yang sukar ditandingi oleh mana-mana,” Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAPSY Muhammad Shakir Ameer

Menurut Muhammad Shakir, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAPSY Muhammad Shakir Ameer, Lim Kit Siang juga mempunyai Ijazah undang-undang yang diperoleh ketika dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta mahir mengenai undang-undang negara serta Perintah Tetap Dewan Rakyat.

Kami percaya sepanjang pengalamannya sebagai seorang ahli parlimen pembangkang selama ini dan sekarang kerajaan, beliau akan berlaku adil dan tegas kepada semua untuk memastikan bahawa sistem demokrasi berparlimen akan dipelihara demi kebaikan rakyat sejagat,” -Shakir

Justeru beliau menyeru rakan-rakan komponen HARAPAN untuk mempertimbangkan sokongan terhadap Kit Siang sebagai Speaker Dewan Rakyat penggal ke-14 yang akan bersidang minggu depan.

Umum diketahui bahawa beliau amat berkebolehan dan pemilihan jawatan speaker perlu dilihat dari sudut pengalaman dan kebolehan,” -Shakir

Lim sebelum ini dilaporkan antara calon yang disebut-sebut akan dipilih bagi menyandang jawatan itu.

Walaubagaimanapun, isu perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang kuat ditentang pihak nasionalis dan pejuang bahasa menyebabkan PH menarik brek dalam mencalonkan Lim Kit Siang sebagai speaker. Kini terdengar pula desas-desus mengatakan seorang bekas hakim akan dilantik ke jawatan tersebut.

Ketika ini, adun DAP merupakan speaker di dua negeri yang diperintah PH iaitu di Selangor dan Perak. -TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: