Kerajaan PH temberang & buta ekonomi- Bank Pusat Eropah

Working Paper BANK PUSAT EROPAH secara tidak langsung membuktikan KERAJAAN PAKATAN HARAPAN TEMBERANG dan BUTA EKONOMI !

Oleh : Anas Abd Jalil

Saya sedang membaca working paper ECB di bawah yang diterbitkan pada Jun 2018 berkenaan implikasi bon (hutang) kerajaan yang diterbitkan sama ada di bawah jurisdiction undang undang domestik atau undang undang asing.

Ada graph di bawah yang menunjukkan secara relatifnya berapa banyak hutang kerajaan Malaysia yang diterbitkan tertakluk kepada jurisdiction undang undang luar. Iaitu hutang yang mana kerajaan Malaysia tiada kuasa merubah undang undang ke atasnya.

ECB mengakui bahawa walaupun seandainya satu satu negara itu, pemerintahnya ataupun private sector; menerbitkan bon (berhutang) dalam matawang asing, tetapi seandainya bon (hutang) itu diterbitkan di dalam negara tersebut menggunakan undang undang domestik;

Ini bermakna negara itu berkuasa penuh, dan boleh merubah undang undang di Parlimen supaya kaedah pembayaran dirubah termasuk dikurangkan dari jumlah asal, ataupun denominasi bon dalam matawang asing itu diubah secara undang undang untuk ditukar denominasinya kepada matawang tempatan.

Kaedah di atas akan memberikan kelebihan kepada domestic debtor (penghutang domestik) berbanding foreign creditor (pemiutang asing).

Lihat sendiri di graf di atas secara relatifnya berapa banyak bond kerajaan Malaysia yang diterbitkan dan tertakluk di bawah jurisdiction undang undang domestik negara berbanding dengan yang tertakluk di bawah undang undang asing.

Bandingkan Malaysia dengan negara negara lain! -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.