“Kita akan iktiraf UEC, bukan secepat mungkin, tapi kurang dari 60 tahun”- Maszlee

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengesahkan kementerian akan mengiktiraf UEC tetapi ia akan mengambil sedikit masa, tetapi tidaklah sehingga 60 tahun, lapor The Star.  Kenyataan ini merupakan tamparan kepada timbalan menteri pendidikan, Teo Teo Nie Ching yang mahu ia diiktiraf secepat mungkin, sebelum akhir tahun ini.

“Kita akan memastikan segala apa polisi atau keputusan yang dilakukan, tiada sebarang u-turn atau flip-flop, dan ia haruslah holistik” – Dr Maszlee.

Jika Dr Maszlee menyatakan sedemikian dalam hal UEC, pengkritik berharap supaya beliau melakukan perkara sama dan tidak U-turn berhubung janji beliau untuk menghapuskan tol di Simpang Renggam.

Pada PRU14 lepas, Dr Maszlee telah berjanji kepada pengundi akan menghapuskan kutipan tol di Simpang Renggam, kawasan parlimen di mana beliau bertanding. Maszlee turut meminta pengundi supaya menuntut janji ini selepas Pakatan Harapan menang pilihanraya PRU14.

Walau bagaimanapun, sehingga kini beliau bisu seribu bahasa berhubung janji beliau ini setelah beliau memenangi kerusi tersebut dan dilantik menjadi Menteri Pendidikan.

Poster hapuskan tol Simpang Renggam ini telah dipadamkan dari FB Dr Maszlee Malik.

Pengundi Simpang Renggam rata-ratanya kecewa dengan sikap Dr Maszlee tersebut yang mereka sifatkan sebagai pembohong kerana berdiam diri sehingga ke hari ini.

TTKM mendapati enam tahun dulu, Dr Maszlee ada menaikkan sebuah pantun yang tidak lengkap. Mungkin beliau boleh melengkapkan pantun tersebut sambil membacanya di hadapan cermin besar

UEC adalah satu sijil pelajaran yang digunakan oleh sekolah persendirian Cina di Malaysia mengikut sistem di bawah seliaan Dong Zong (badan pendidikan Cina). Tetapi kebanyakan masih menjalankan subjek-subjek SPM kerana tak mahu ambil risiko pelajar tiada sijil SPM untuk bekerja kelak. Medium pengajaran utama subjek untuk UEC adalah dalam bahasa Cina dan hanya ada satu subjek BM disertakan, untuk cukup syarat dan lebih mudah dari BM SPM.

Pengkritik mendapati sekiranya kementerian mengiktiraf sijil tersebut, ia akan membawa kepada polirasasi kaum yang lebih buruk kerana sukatan pelajaran UEC tidak mengikut sukatan pelajaran negara Malaysia.

Pengiktirafan UEC terkandung dalam  janji no 50 buku manifesto Pakatan Harapan:

“Pakatan Harapan akan mengiktiraf sijil UEC sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan syarat pemohon
memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM. Untuk tujuan ini, sijil UEC akan dinilai agar setaraf dengan syarat am kelayakan sedia ada
untuk kemasukan ke IPTA. – Buku Pakatan Harapan, m/s 135.

 

Undian menunjukkan majoriti tidak bersetuju.

Sementara itu,  Pendidik2u mendakwa “berdasarkan tinjauan awal di media sosial di kalangan guru, rata-ratanya tidak menyokong pengiktirafan UEC.” Satu undian atas talian di page tersebut mendapati 98% tidak bersetuju kerajaan mengiktiraf UEC

Tangkap layar dari laman web Pendidik2u

Manakala  undian di facebook page TTKM  yang disertai 15100 pengundi juga menunjukkan keputusan yang sama. 93% tidak bersetuju kementerian pendidikan mengiktiraf UEC. Manakala 7%  lagi bersetuju.

Tangkap layar dari FB page TTKM

Kesungguhan Teo Nie Ching terbulu-bulu mahu menjadi juara isu pendidikan Cina ini dilihat berkontradiksi pula dengan kenyataan Lim Guan Eng sebelum ini yang dengan yakin mengatakan beliau bukan orang Cina, sebaliknya orang Malaysia.

“Saya minta maaf, saya tidak anggap diri saya sebagai seorang Cina. Saya orang Malaysia!” – Lim Guan Eng. Gambar dari Malaysian Times.

Manakala, seorang pengundi PH bertemu dengan TTKM mempersoalkan kenapa janji mengiktiraf UEC ini menjadi keutamaan, sedangkan ia tidak pun terkandung dalam janji 100 hari Pakatan Harapan yang perlu ditunaikan dahulu.

“Mana hapuskan tol? Mana kurangkan harga minyak? Yang ada kurang harga tomato buat apa? Ingat aku makan tomato hari-hari ke?”  kata beliau dengan nada kemarahan, dengan kepalanya basah berbau sedikit hancing  – TTKM –



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version