“Harga minyak tak turun, UEC pula didahulukan!” Rais Yatim kritik Maszlee.

Kuala Lumpur, 14 Julai : Bekas penasihat sosio budaya kerajaan, Rais Yatim mengkritik kenyataan Dr Maszlee, menteri pendidikan berkenaan UEC yang akan diiktiraf kementerian tersebut.

Dalam satu kicauan di Twitter, Rais mengatakan adalah tidak wajar UEC diiktiraf hanyalah kerana ia adalah manifesto parti. Sebaliknya, lebih wajar kementerian pendidikan membentangkan intisari kandungan UEC terlebih dahulu.

Beliau turut mempersoalkan sama ada isi kandungan UEC itu ditadbir oleh NGO atau kerajaan, kerana kemungkinan ia bercanggah dengan akta pelajaran.

Selain itu, Rais turut memerli kerajaan dalam mengutamakan janji mengiktiraf UEC ini berbanding janji menurunkan harga minyak.

Kelmarin, Dr Maszlee mengesahkan kementerian pendidikan akan mengiktiraf UEC kerana ia merupakan manifesto Pakatan Harapan pada PRU 14 lepas. Tetapi, berbeza dengan timbalan menteri pendidikan yang mahu ia diiktiraf secepat mungkin sebelum akhir tahun, Dr Maszlee mengatakan ia akan mengambil sedikit masa tetapi tidaklah sehingga 60 tahun.

Di media sosial, netizen turut bersependapat dengan Rais terutama mengenai janji UEC yang diutamakan berbanding janji menurunkan harga minyak.

Ini kerana harga yang turun setakat ini cumalah harga 🍅 (tomato) yang tidak boleh dijadikan bahan api untuk diisi di tangki petrol kenderaan. -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.