Speaker dewan rakyat-bekas hakim mahkamah rayuan, bukan Kit Siang

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Bekas hakim mahkamah rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, yang disebut-sebut sebagai speaker dewan rakyat yang baru, dijangka menerima surat perlantikan hari ini, menurut laporan NSTP.

Saya masih menunggu (surat) rasmi. Kita perlu tunggu dan lihat kerana jika surat diberikan esok(hari ini), ia sangat hampir (dengan sesi parlimen pada hari Isnin). Saya rasa tidak mungkin (surat akan dihantar) pada hari Ahad. “ – Datuk Mohamad Ariff.

Sebelum ini, tiga calon speaker dicadangkan oleh Pakatan Harapan mewakili parti masing-masing iaitu Lim Kit Siang (DAP), Johari Abdul (PKR) dan Rais Yatim (PPBM).

Lim Kit Siang dilihat sebagai calon paling ke depan berdasarkan pengalaman beliau sebagai ahli dewan rakyat selama 30 tahun.

Penolakan Lim Kit Siang sebagai speaker Dewan Rakyat merupakan tamparan hebat buat DAP kerana usaha melobi beliau kini menjadi seperti menuang air ke daun keladi.

Dua negeri di bawah PH iaitu di Selangor dan Perak mempunyai speaker dari DAP.

Sejak minggu lepas, ura-ura pemilihan Lim Kit Siang menjadi buah mulut serta bahan jenaka di media sosial. Mereka menyamakan beliau sebagai pembesar suara yang sudah lusuh dan koyak.

Sesi parlimen pertama untuk sesi ke 14 akan berlangsung selama 20 hari bermula Isnin depan yang akan dirasmikan oleh Agong, Sultan Muhammad V.

Sesi kali ini dinanti-nantikan oleh rakyat yang dahagakan drama dan pertengkaran mulut di antara wakil rakyat kerana ia pertama kali berlaku dimana PH kini adalah kerajaan manakala BN adalah pembangkang buat pertama kali dalam sejarah Malaysia sejak merdeka. Selain itu, siapakah ketua pembangkang yang baru juga menjadi tanda tanya kerana Zahid Hamidi, yang mengetuai parti politik pembangkang UMNO, tidak pernah berpengalaman menjadi ketua pembangkang-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: