“SST 10% September ini naikkan harga kereta & perkhidmatan!”: Penganalisis

Kuala Lumpur, 14 Julai : Penganalisis menjangkakan peningkatan harga kereta dan perkhidmatan apabila cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula pada September depan, lapor FMT.

Firdaos Rosli, ahli ekonomi di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) berkata, beliau menjangkakan kadar SST paling kurang 10%, yang merupakan kadar yang terpakai sebelum ia digantikan dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6% pada 2015.

Beliau berkata, rakyat akan membayar lebih 4% cukai penggunaan bermula September depan sekiranya kadar SST ditetapkan pada 10%.

Ini akan meningkatkan harga kereta baru dan terpakai, selain perkhidmatan yang tidak dikawal seperti perhidmatan servis dan membaiki kenderaan, katanya.

“Tetapi pada amalinya, harga akan meningkat melebihi 4%, (berpunca daripada)tingkah laku memaksimumkan keuntungan (dalam kalangan peniaga)” – Firdaos

Beliau juga berkata SST yang dikenakan oleh peniaga minuman dan makanan serta syarikat utiliti akan menyaksikan pengguna membayar lebih banyak bagi makanan di restoran, bil elektrik, air paip dan khidmat internet.

GST dilaporkan menyumbang sebanyak RM43 bilion setahun kepada hasil kerajaan. Firdaos berkata, pada kadar 10%, SST hanya menyumbang sebanyak RM17 bilion kepada kerajaan.

“Oleh sebab kutipan SST sebanyak 10% membawa masuk hasil lebih rendah daripada GST 6%, saya tidak nampak kemungkinan kadar baru SST lebih rendah daripada 10%,” – Firdaos

Katanya kerajaan perlu mengemukakan maklumat terperinci berkaitan peningkatan harga bagi membuktikan dakwaan ia komited pada prinsip ketelusan.

“Beritahu rakyat dengan jelas apakah yang akan naik harga dan berapa banyak. Berikan gambaran yang jelas seperti dilakukan negara maju dan beritahu kenapa. Saya fikir begitulah sepatutnya Malaysia baru.” – Firdaos

Firdaos berkata pengenalan cukai hanyalah satu faktor yang boleh menyebabkan inflasi. Faktor lain termasuklah peningkatan upah dan bantuan kewangan seperti BR1M.

Tetapi katanya, inflasi biasanya bersifat kitaran dan kadang-kadang perlu untuk pertumbuhan.

“Peningkatan harga adalah petunjuk bahawa permintaan melebihi penawaran. Apabila penawaran bertambah seimbang dengan permintaanm harga akan kembali normal. Selepas beberapa ketika, upah akan meningkat dan akan menambah permintaan.” -Firdaos-

Seorang lagi pakar ekonomi, Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway, menggesa kerajaan mengeluarkan panduan harga bagi menyekat peniaga menaikan harga secara tidak adil.

Beliau menjangka harga makanan dan barang keperluan lain tidak berubah kerana ia tidak tertakluk kepada GST dan besar kemungkinan tidak juga tertakluk kepada SST.

Namun katanya, pengeluar mungkin menggunakan kenaikan kos akibat SST sebagai alasan menaikkan harga.

“Kerajaan lepas mengeluarkan panduan harga sebelum dan selepas sewaktu GST diperkenalkan. Kita juga perlukan panduan sedemikian dengan SST.” -Yeah Kim Leng

Sebelum ini, Pakatan Harapan menggunakan isu GST sebagai kempen PRU14 dimana ia dikatakan penyebab kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Selepas memenangi PRU 14, GST berkadar sifar dimulakan pada Jun lepas tetapi ia tidak menyebabkan pengurangan harga secara menyeluruh, malah terdapat kenaikan harga termasuk di 30% restoran mamak.

Gambar Mstar

Sementara itu, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution berkata terdapat beberapa faktor peningkatan kos sara hidup, antaranya termasuk perumahan, pendidikan, utiliti dan kesihatan, dan bukannya disebabkan oleh GST semata-mata.

Jawapan Saifuddin itu yang ditonton oleh Pak Mat di TV3 suku itu menyebabkan beliau tersembur kopi yang sedang diminumnya.

“Biar betul! Pakcik ingatkan kerajaan dah bertukar, mentaliti menteri pun lainlah juga. Ini sama macam jawapan Mat Maslan ni apa cerita?Muhahahihihiu!” Kata Pak Mat kepada TTKM.

-TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.