UEC: Bahaskan di parlimen!

Oleh : Arif Atan

Antara pemimpin yang mengutamakan prinsip kebangsaan dengan pemimpin yang mementingkan perkauman.

Malaysia Baru sepatutnya membuka lebih ruang untuk kedua-dua pihak bersuara.

Dalam isu UEC yang melampaui politik kepartian, tidaklah wajar sama sekali kerajaan Pakatan Harapan secara tergesa-gesa mengiktiraf UEC sebelum akhir tahun ini seperti Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mahu yang katanya tak suka buat kerja ‘cincai’ tapi hairannya tak mahu pula bahas di Parlimen. Kenapa?

Isu UEC yang kurikulumnya berkiblatkan semangat kecinaan yang tinggi itu MESTI dibahas di Parlimen terlebih dahulu sebab melibatkan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berkait dengan semangat Perlembagaan. Mengiktiraf UEC memberi isyarat salah kepada masyarakat Cina untuk mereka boleh terus untuk bersikap ultra Cina dan melalui Dong Zong akan menuntut lebih banyak lagi menjelang PRU akan datang.

Isu UEC ini bukan soal seputar sudah masuk dalam manifesto maka tak boleh buat pusingan-U seperti disebut Menteri Dr Maszlee, sebab banyak lagi janji lain pun banyak u-turn/ubahsuai bahkan belum nampak tunas lagi.

Isu UEC juga bukan sebab manifesto BN pun mahu iktiraf. Tuntutan UEC ini perlu dilihat dari kaca mata lebih luas kerana melibatkan pertembungan nilai pengukuhan cengkaman perkauman dengan penghakisan nilai kebangsaan yang menjadi benteng perpaduan rakyat dalam mana-mana negara yang berdaulat dan punya jati diri.

Dari perbahasan di Dewan Rakyat nanti, rakyat boleh nilai mana pemimpin yang dipilih PRU-14 lalu bersifat rasis dan mementingkan kaum sendiri sehingga mengabaikan kepentingan pengukuhan pendidikan kebangsaan.

Gambar dari Kosmo

Dari perbahasan UEC di Parlimen juga, rakyat berbilang kaum dapat menilai mana pemimpin yang bersifat negarawan dengan mengutamakan kepentingan kebangsaan.

Melalui perbahasan di Dewan Rakyat juga, kita dapat menilai mana pemimpin yang bacul lantaran tunduk pada semangat perkauman juga terkepung dalam politik kepartian.

Dari perbahasan dan undian itu nanti, rakyat yang berpijak di bumi Malaysia bukan China, Taiwan atau Hong Kong akan dapat menilai apa “bahasa undi” yang akan ditentukan pada Pilihan Raya Umum ke-15 kelak. -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.