“Penyokong UEC bukan rasis!”

Pendapat oleh : Hafiz Zainuddin.

(Nukilan ini ) adalah (menjawab) pandangan rakan wartawan Arif Atan yang tidak menyokong pengiktirafan UEC. Isu ini timbul setelah sekian lama terpendam dan sekadar jadi modal politik partisan tiap kali menjelang pilihan raya.

Kini, UEC mendapat perhatian yang lebih menyeluruh – termasuk orang yang tak pernah dengar pun perkataan UEC selama ni.

Sama ada saya sokong atau tidak, kita tidak boleh menyandarkan kepentingan dasar pendidikan kebangsaan dengan belenggu emosi ketuanan Melayu.

Ketuanan Melayu harus dibogelkan sebelum bercakap soal pembentukan dasar-dasar kebangsaan kerana negara ini wujud dan unik hasil persepakatan dan kompromi.

Ini bukan perang kaum. Ini adalah soal kebangsaan. Ini adalah dilema lama yang perlu diurus dengan bijaksana. Menuduh penyokong UEC sebagai rasis adalah tidak tepat. Sama seperti menuduh penyokong satu aliran sebagai rasis dan menindas Cina. Kedua-duanya adalah tak betul.

Mungkin juga sudah tiba masa paling tepat kerajaan memikirkan dasar-dasar pendidikan kebangsaan baru luar dari kotak sejarah lampau; bersifat kehadapan. Bukannya mengorek sejarah silam untuk disajikan kepada rakyat. Kita dah bosan.

Apapun, sesuatu keputusan nanti takkan mampu puaskan hati semua pihak. Betul kata Tun M.

(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili parti DAP yang dianggotai beliau. Ia juga tidak menggambarkan pendirian TTKM- Editor)



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version