
Pendapat oleh : Khairul Nizam
Kita harus bergerak ke arah 1 bangsa. Kata nak hapuskan ruangan kaum pada borang2 kerajaan? Jika masih belum sedia (Cina dan India tak mahu sekolah wawasan integrasi, Melayu pula mahu kekalkan sekolah agama tafsiran lebai2 persendirian), maka kekal dahulu keadaan sekarang. Yang ada jangan ditambah.
Tapi mengapa bergerak ke belakang dengan mewujudkan pelbagai jenis sekolah? Yang Cina, yang India, yang Iban, yang bunian, yang alien?
Mewujudkan pelbagai jenis standard pengiktirafan?
Mewujudkan semakin banyak perbezaan untuk membentuk anak2 kita?
DAP dulu marah apabila beberapa silibus Sepanyol untuk Malaysia. Mengapa UEC yang ada silibus Taiwan, Hong Kong, etc tidak mengapa pula?
Benar. Ada beberapa standard dalam UEC yang lebih bagus.
Standard yang BN buat di sekolah kebangsaan pula terlalu kemelayuan.
Tetapi memandangkan DAP sudah pun berada dalam kerajaan, kemaskini sahajalah standard yang sedia ada!
Bagaimana falsafah ke arah 1 bangsa yang dilaungkan DAP melalui “Malaysian Malaysia” selama ini? Sudah tukar pula kepada 1 Chinese? Bukankah setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, ketika dilantik menjadi menteri kewangan dulu mengatakan beliau bukan orang cina, sebaliknya orang Malaysia? Hipokrit!
-TTKM-
Leave a Reply