Apa guna pengisytiharan harta jika ia tidak dibuat secara umum?

Kenyataan akhbar oleh : Sivarajan, SUA Parti Sosialis Malaysia

Apa guna pengisytiharan harta jika ia tidak dibuat secara umum?

PSM yang selama ini menjadi perintis kepada pengisytiharan harta, terganggu dengan alasan kerajaan Pakatan Harapan yang tidak mengisytiharkan harta mereka secara umum.

Menteri Pertahanan, Mohamed Sabu berkata cadangan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menteri mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM) dan bukan kepada umum,adalah langkah yang betul. Kenyataan ini sangat mengecewakan yang datang dari bekas pembangkang yang berani, seorang Presiden Amanah.

Gambar NST

Ia telah menjadi prinsip kami dimana semua calon pilihanraya, semua Ahli Parlimen yang dipilih, ADUN malah Ahli Majlis tempatan juga supaya mengisytiharkan harta mereka kepada umum.

Apabila rakyat malaysia menyaksikan berulang kali bagaimana agensi kerajaan mengkrompomikan kredibiliti semata-mata demi tuan politiknya, apa guna mengisytiharkan harta kepada SPRM, satu agensi kerajaan?

Aset-aset perlu diisytiharkan dan diawasi secara tahunan, seperti mana yang dilakukan oleh bekas Ahli Parlimen dari PSM, Dr Jeyakumar yang melakukannya setiap tahun ketika penggal beliau. Ini adalah supaya orang awam boleh mengawasi sebarang pertambahan kekayaan ketika penggal beliau.

Pakatan Harapan perlu memenuhi janji mereka dengan ikhlas dan bukan memberikan penyelesaian separuh masak. Oleh itu, PSM menggesa

Pakatan Harapan supaya dengan segera mendapatkan wakil rakyat mereka yang dipilih untuk melakukan pengisytiharan harta secara umum jika mereka benar-benar ikhas dalam agenda perubahan.

Sivarajan, Setiausaha Agung PSM – 16/7/2018

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.