Sun. May 26th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“GST/SST cuma satu sebab kos sara hidup naik, ada 6 faktor lain!” – Saifudin Nasution

3 min read

Kuala Lumpur, 16 Julai. : Menteri Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Saifuddin Nasution menyatakan GST (kini kadar sifar), atau SST (yang akan diperkenalkan semula September ini), hanyalah salah satu faktor yang membawa kepada kenaikan kos sara hidup disebalik enam faktor lain.

“Kos sara hidup ni kan, bukan hanya melibatkan makanan. Dia melibatkan (kos) perumahan, pendidikan, pengangkutan, bil utiliti, makanan, kesihatan. Dia ada sekurang-kurangnya enam bahagian yang sebenarnya melonjakkan kos kehidupan. Yang kita cakap tadi (mengenai) SST, GST tadi baru satu bahagian” – Dato’ Saifuddin Nasution

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara yang dilakukan oleh portal KiniTV.

Sebelum itu, ketika ditanya sama ada kesan kenaikan itu adalah lebih teruk semenjak GST berkadar sifar pada Jun, sambil mencampakkan cermin mata dan mengelap mukanya dengan tangan, Saifuddin menjawab dengan bahasa Melayu bercampur bahasa Inggeris.

I akan hanya cakap setelah, I mendapat, official dan credible report. Macam ni kan, I akan hanya boleh bercakap setelah ada bukti-bukti emparikal dibuat.
Then, only I can see. tapi kalau I nak buat andaian bahawa pelaksanaan SST itu tidak akan memberikan kesan kepada kenaikan, I can’t. Sebab tak ada lagi sebarang kajian emparikal.Tapi kalau kita sandarkan pada pengalaman dulu, dulu kita ada SST, kos sara hidup sedemikian. Kemudian kita ada GST, kos sara hidup meningkat. sekarang kita zero ratedkanGST, begini. Apakah kembali pada SST itu akan memberikan kesan kenaikan juga? – Dato’ Saifuddin Nasution

Tidak selesa diasak oleh pertanyaan, Saifudin bertanya pula kepada wartawan:

Polisinya yang kita faham adalah kalau harga barang itu mahal, kerajaan beri subsidi maka harga itu murah. Itu cara berfikir kita. Tapi ada tak barang kawalan
yang tak perlu kerajaan beri subsidi tapi boleh diturunkan harga?Dato’ Saifuddin Nasution

Apabila ditanyakan apakah contoh barang kawalan tersebut, Saifudin dengan menyelak-nyelak helaian kertas di atas mejanya cuba mencari jawapan, tetapi gagal berbuat demikian.

“Sebagai contohlah, I belum lagi boleh buat keputusan, tapi I sedang meneliti sekarang. Sebenarnya ada.Tapi I have to study.”  –Dato’ Saifuddin Nasution

Sementara itu, cara Saifudin menjawab wawancara ini menjadi bahan jenaka di media sosial.

Sarizal Ahmad Sekarang baru menunggu credible report ?? Sebelum ini data tidak credible kah ?

Zolraof Raof :Sembang kau kelaut Din bulan.

Mariam Khalid selalunya kalau gagap ketika bercakap itu tandanya orang tu nak menipu atau memang kaki penipu…ini orang katalah

Mohd Saiful Faisal Bila dia buka cermin mata dan sapu muka dengan tangan itu menandakan dia penipu. Orang berpeluh bila menipu. Kemam bibir, tengah fikir ape aku nak spin kat dorang ni?

Pak Din Menteri2 baru ni semua hanat… Baru tau duduk kat kerusi tu rasa dia macam mana… Pandai bangkang pastu bila kena hentam terus panas..

Muhammad Azwan Tu la dulu duk kerusi pembangkang elok-elok beriya-ia nak jadi kerajaan. Sekarang ambik kau menjawab lah. Kalau jadi pembangkangkan senang. Boleh hentam kerajaan je manjang walaupun bangang tak masuk akal kekadang hentam pun. Sekarang nak jadi bangang memang kena troll lah. Kahkahkah.

Encik Maman Yelah… dulu modal ayaq liur… otak tak payah bawak… tu yang tinggal merata…Tetibe dapat jadi kerajaan, jadi menteri plak tu, lupa dah dulu otak tu campak mana… nak crik balik dah lupa…  Baru tau lah langit tinggi ke rendah… haaa jawab.

sai2
Tangkap layar dari Kini TV.

Ketika kempen PRU 14 lepas, Pakatan Harapan menyatakan kos sara hidup meningkat hanyalah kerana disebabkan GST, tanpa menyatakan  enam faktor yang dinyatakan Saifudin di atas. -TTKM-

 

1 thought on ““GST/SST cuma satu sebab kos sara hidup naik, ada 6 faktor lain!” – Saifudin Nasution

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: