
Kuala Lumpur : KERAJAAN mencadangkan kadar 10 peratus cukai untuk barangan dan enam peratus untuk perkhidmatan bagi Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bakal diperkenalkan pada 1 September depan, lapor Berita Harian.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Rang Undang-undang (RUU) SST dijangka dibentangkan di Parlimen, Ogos ini bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Katanya, pengenalan semula SST dijangka menyumbang RM4 bilion kepada hasil kerajaan.
“Dengan pengenalan sifar GST pada Jun lalu, kerajaan dijangka hilang RM21 bilion hasil tahun ini.Bagaimanapun, pengenalan semula SST, peningkatan harga minyak mentah dan tambahan dividen daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menyumbang tambahan RM14.4 bilion hasil pada 2018,” Lim Guan Eng.
Pengkritik menyatakan cadangan terbaru kerajaan memperkenalkan SST pada peratusan yang lebih tinggi dari GST akan menyebabkan kenaikan harga barang yang lebih buruk dan kos sara hidup akan menjadi lebih tinggi.
Malahan, walaupun GST berkadar sifar sejak 1 Jun, masih juga berlaku kenaikan harga di seluruh negara. Apatah lagi apabila SST yang akan bermula pada 1 September ini adalah pada kadar 10% untk barangan dan 6% untuk perkhidmatan.
Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Saifuddin Nasution pula menyatakan GST (kini kadar sifar), atau SST (yang akan diperkenalkan semula September ini), hanyalah salah satu faktor yang membawa kepada kenaikan kos sara hidup disebalik ada enam faktor lain.
“Kos sara hidup ni kan, bukan hanya melibatkan makanan. Dia melibatkan (kos) perumahan, pendidikan, pengangkutan, bil utiliti, makanan, kesihatan. Dia ada sekurang-kurangnya enam bahagian yang sebenarnya melonjakkan kos kehidupan. Yang kita cakap tadi (mengenai) SST, GST tadi baru satu bahagian” – Dato’ Saifuddin Nasution
Beliau berkata demikian dalam satu wawancara yang dilakukan oleh portal KiniTV.
Sementara itu, pemerhatian TTKM mendapati majoriti rakyat berang dengan perkenalan semula SST pada peratusan yang lebih tinggi dari GST sebelum ini.
“Sudahlah harga minyak tak turun, harga tomato pula yang turun, lagi nak perkenalkan SST pada kadar tinggi begitu? Janji manifesto macam-macam. Sudahnya janji dicapati, kencing ditaburi!Lahanat betul!” kata Joe kepada TTKM apabila ditemui di kaki lima berdekatan pejabat kami. – TTKM –
Leave a Reply