PETALING JAYA (Julai 16): Bangunan pencakar langit baru, dengan nama Tower M setinggi 700m dengan 145 tingkat, akan dirancang pembinaannya di kawasan KLCC selepas 2030, dijangka melebihi ketinggian dua menara lain yang dimulakan ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak – Menara Exchange 106 dan Menara PNB 118. lapor The Edge Prop.
Menara Exchange 106, di Tun Razak Exchange dijangka siap tahun ini mempunyai ketinggian 492 meter manakala PNB118, yang dijangka siap pada tahun 2024, berketinggian 635 meter.
Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang dibina semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri keempat pula adalah setinggi 375 meter dan merupakan bangunan tertinggi di negara ini sejak dibina pada tahun 1996.
Tower M : 700m
PNB118 : 635m
Menara Exchange 106 : 492m
Menara Petronas : 375m
Sekiranya pembinaan “Tower M” berjalan lancar, ia akan menjadi bangunan pencakar langit pertama di bawah pentadbiran Mahathir sebagai perdana menteri ketujuh.
Bangunan tersebut mengandungi tiga menara pejabat di atas podium membeli belah dan dibina di atas empat ekar tanah bersebelahan dengan Stesen MRT KLCC Timur berdekatan Jalan Binjai di Kuala Lumpur.
Bangunan perncakar langit itu akan dibina oleh anak syarikat Petronas, KLCC (Holdings) Sdn Bhd, juga merupakan pemilik Menara Berkembar Petronas.
The Edge Prop turut memetik seorang jurucakap KLCCH sebagai berkata bahawa kerja-kerja meletakkan batu asas bagi menara pejabat itu sudah dijalankan tetapi pembinaan bangunan itu sendiri hanya akan bermula pada masa akan datang.
“Memandangkan spekulasi pasaran semasa, dijangka bahawa menara itu hanya akan dibina jauh di masa hadapan (Selepas 2030),” katanya.
Sementara itu, pengkritik mendakwa apakah kewajaran projek mega ini diteruskan memandangkan beberapa projek mega infrastruktur untuk rakyat seperti ECRL, HSR, dikaji, manakala MRT3 pula dibatalkan.
Netizen terkejut
Hantaran TTKM mengenai “Nama Tower M itu untuk siapa?” pagi tadi turut mengejutkan netizen. Ada pula yang mengatakan Tower M itu merujuk kepada Mahatomato, Mahacai, Membazir dan sebagainya.
Posting tersebut yang sehingga kini mendapat 487 perkongsian itu mendapat jawapan pelbagai reaksi dari mereka. Berikut merupakan beberapa komen paling top di hantaran tersebut:
Azri Ishak Aikk kata negara nak bangkrap buleh pulak nak tambah lagi bangunan tinggi2?
🤣
😂
Zakwan Saad Sembang negara nk bankrup.. Tapi lawan buat bangunan sapa paling tggi.. Lpas tu claim malaysia maju dibawah pemerintahan dia.. Haaaaaa tepokkkkk!!!!
Zarul Yusof Projek ECRL yg mendatangkan keuntungan utk rakyat di pantai timur dibatalkan tpi tower m yg merugikan rakyat boleh pulak dibina dah macam namrud ak tgok nk bina tower tinggi tinggi
Mohd Shafiq Alif M tu stand For “Malaysia” jangan buat andaian sendiri . Takdak keja lain ke nak buat puak pembangkang ni . Korang tahu apa . Tun M terbukti PM yang hebat , Walaupun hutang negara cecah 1 trillion sampai terpaksa buat tabung rakyat , Dia still boleh plan buat tower yang paling tinggi . Hebat kan Tun kesayangan kami . Bukan macam korang Tahu nak menyalak je , Kami tak kisah sangat pun pasal manifesto ke ape asalkan najib jatuh , minyak tak turun pun xpe , gaji x naik pun xpe , tol x mansuh pun xpe . Barang naik pn xpe . Yang penting “Malaysia Baru”
#TakkanHariNiKawinEsokDapatAnak #Hancing #HarapanMenjadiLayu #JanjiPelesuFauzi Abdul Habi berapa ramai rakyat boleh menikmati facilities bangunan tinggi2 ni? KLCC pun untuk yang elite je… baiklah bangunkan negara tu betul2. buat bangunan takde faedah ada duit.. buat kemudahan awam macam main tarik tali. apa kata selesaikan urusan keretapi laju dari singapore ke malaysia tu dulu. takdelah sesak jalan… HAMPEHHH!!!
Haziq Othman Menara Mahatomato sedap juga bleh ingat atok sepanjang zaman dari generasi ke generasi….Haa tepuk
👏
👏
Pada perkembangan berasingan, TTKM mendapati huruf M itu adalah merujuk kepada nama plot tanah di mana bangunan pencakar langit itu akan dibina. -TTKM-