Tindakan isytihar harta pada umum,tidak bijak!- Mat Sabu

SUNGAI BULOH: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu merasakan cadangan oleh Tun Dr Mahathir supaya menteri-menteri mengisytiharkan harta mereka hanya kepada SPRM, dan bukan kepada umum, adalah satu  tindakan yang betul, lapor The Sun Daily.

Kata Mat Sabu lagi, ini adalah untuk mengelakkan sesetengah pihak dari melakukan penghakiman hanya berdasarkan kepada harta yang diisytiharkan.

Contohnya, tambah beliau lagi, seseorang yang memang sudah kaya, apabila menjadi MP atau menteri, orang akan berfikir kekayaannya itu adalah disebabkan kedudukannya dalam kerajaan.

“SPRM mahu tahu sama ada pertambahan aset seseorang itu adalah kerana gaji mereka dan elaun ataupun dari cara yang tidak sihat. Oleh sebab itu, SPRM adalah badan terbaik untuk kami isytiharkan harga, kerana sesetengah orang awam adalah bijak dalam menghakimi, ada juga yang tidak sebegitu” – Mat  Sabu.

Pengkritik mendapati kenyataan Mat Sabu ini dilihat sebagai usaha untuk melindungi boss baru , Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dari aset beliau diketahui oleh orang ramai. Ini adalah kerana sebelum ini, Mat Sabu acap kali menggelar Tun Mahathir sebagai kepala perompak yang mengetahui di mana harta dan 40 tong penyamun disembunyikan.

“Dr Mahathir ini dia kepala perompak. Dia tahu.Perompak-perompak baru ini tok sah dok tipu dialah! Dia tahu…di mana harta disembunyikan. Dia tahu 40 tong penyamun diletakkan di gua mana, dia tahu!” – Mat Sabu.

TTKM mendapati kenyataan Mat Sabu ini agak bercanggah dengan tindakan beliau sendiri sebelum ini yang sudahpun mengisytiharkan hartanya kepada umum sebelum PRU ke 14 dulu. Malah 2 ahli parlimen Amanah, Salahuddin Ayun dan Dr Dzulkefly yang kini adalah menteri juga turut mengisytiharkan harta mereka kepada umum. -TTKM –

This slideshow requires JavaScript.

 

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.