(Video) MP pembangkang BN & PAS bantah perlantikan speaker dgn keluar dewan. Dakwa surat ‘back-dated’.

Kuala Lumpur, 16 Julai: Wakil rakyat dari pembangkang BN dan PAS keluar dewan sebagai protes apabila Mohamad Ariff mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Rakyat terbaru.

Tindakan tersebut dilakukan kerana mereka mendakwa proses perlantikan speaker tidak dibuat secara transparen, menggunakan surat yang ditarikh-awalkan (‘back-dated’.) 

Point of order dibangkitkan oleh  Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Baru) apabila setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah membacakan usul untuk mencadangkan Mohamad Ariff sebagai satu-satunya calon Speaker.

Saya telah menerima cadangan dari Perdana Menteri dalam surat beliau kepada Dewan Rakyat pada Julai 2, 2018. Oleh itu, Dewan dengan sukacitanya mencadangkan Datuk Mohamad Arif Md Yusof sebagai calon Dewan Rakyat. -Datuk Roosme Hamzah –

Usul tersebut kemudian dibacakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudian disokong oleh timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Surat ‘backdated’?

Calon Speaker perlu dikemukakan dalam masa 14 hari sebelum penggal pertama Parlimen mula bersidang. Sejurus keluar dari Dewan Rakyat, wartawan bertanyakan kepada ahli parlimen pembangkang, dan ini jawab Ku Li.

“Tidak mengikut peraturan. Saya difahamkan, surat perlantikan tidak memenuhi syarat. 14 hari” – Tengku Razaleigh Hamzah, MP Gua Musang.

Berikut TTKM senaraikan kronologi yang membawa kepada persoalan  tersebut:
Wan Azizah mengesahkan bahawa calon Speaker hanya telah diselesaikan pada 9 Julai.
“Semalam( 9 Julai) kami telah mengadakan mesyuarat dan (memutuskan) hanya ada satu calon”. -Wan Azizah.

Pada 13 Julai pula, NST melaporan Mohamad Ariff sedang menunggu surat rasmi mengenai hal tersebut, dan memetik kenyataan beliau sebagai berkata ia hanya akan diberikan paling cepat pada hari Ahad. (Julai 15)

Kemudian, pada 14 Julai, Menteri Undang-Undang, Liew Vui Keong pula mendakwa PH telah menyerahkan calon untuk speaker pada 2 Julai ( 14 hari sebelum parlimen bersidang)

Akhirnya, pada 15 Julai barulah Tun Mahathir mengumumkan nama calon Speaker.

Ini merupakan kali pertama ahli parlimen BN melakukan protes keluar dewan sejak menjadi pembangkang apabila kalah pada PRU14 dulu.

Sebelum ini, BN mengatakan tindakan keluar dewan yang dilakukan PH adalah tindakan yang tidak matang.

Sementara itu, KJ dilihat tidak mengikut jejak langkah ahli parlimen BN dan PAS lain dan berada berseorangan di bahagian kerusi pembangkang.

37188188_2045358565528727_6404873356004294656_n.jpg
HUHUHUHU

-TTKM-

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.