1999: Pembangkang keluar dewan bantah isu perlantikan speaker.

Oleh : Abdul Rahim

Pada 20 Disember 1999, DS Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu telah mencadangkan perlantikan Tun Mohamed Zahir Ismail sebagai Speaker Dewan Rakyat. Pencalonan ini disokong oleh Presiden MCA, DS Lim Liong Sik.

Perlantikan ini telah dibantah oleh ahli ahli parlimen Barisan Alternatif ketika itu kerana dikatakan telah dicalonkan tidak mengikut peraturan Dewan (termasuk isu notis 14 hari). Antara yang mengambil tempat dalam perbahasan tersebut adalah Mohammad Sabu, Mahfuz Omar, Teresa Kok, Chong Eng, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr Tan Seng Giaw, Kerk Kim Hock, Fong Po Kuan dan Tan Kok Wai.

Selepas bantahan tersebut tidak diterima, Dr Tan Seng Giaw telah mengisytiharkan keluar dewan dengan berkata, “Ada bantahan… Satu walk-out”.

Semua ahli parlimen Barisan Alternatif telah keluar dewan pada ketika itu sambil disorak oleh beberapa ahli parlimen BN, “Oi balik balik berambus get lost” dan “tidak angkat sumpah tidak boleh masuk ooo”

Ahli-ahli Parlimen BA kemudiannya telah masuk semula ke dalam Dewan bagi upacara angkat sumpah. Termasuk Allahyarham Us Fadzil Noor, Dr Wan Azizah, Dr Tan Seng Giaw dan Husam Musa.

Jadi apa yang berlaku hari ini bukannya pertama kali berlaku dalam sejarah politik Malaysia. -TTKM-

Hansard parlimen

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.