Mon. May 27th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Putrajaya U-Turn lagi: “Manifesto bukan kitab suci!” – PM

2 min read

Parlimen, 16 Julai : Putrajaya melakukan U-turn lagi berhubung perlantikan speaker dewan rakyat semalam. Berdepan kritikan, Perdana menteri ke 4 dan ke 7, Tun Dr Mahathir berkata manifesto buku Pakatan Harapan bukanlah “kitab suci” yang wajib dipatuhi.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengakui HARAPAN tidak dapat melantik speaker dari kalangan anggota parlimen seperti yang dinyatakan dalam manifesto.

“Tapi atas sebab tertentu, kita tidak dapat patuhi manifesto. Kita perlu ingat, manifesto bukan kitab suci, ia hanya panduan. Kadang-kadang kita boleh laksanakan sesuatu perkara, kadang-kadang tidak boleh, jadi kita perlu berfikiran praktikal” – Tun Dr Mahathir.

Screenshot_2018-07-16-19-06-22-92
Gambar dari Malaysiaworldnews

TTKM mendapati Janji 16 muka surat 55, dalam buku Harapan dengan jelas akan memastikan Speaker  dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat, yang merujuk kepada ahli parlimen yang dipilih pada PRU 14.

“Speaker Dewan Rakyat dan Presiden Dewan Negara akan dipastikan dilantik dari kalangan ahli-ahli Dewan yang mempunyai integriti dan kredibiliti. Speaker Dewan Rakyat dan Presiden Dewan Negara mestilah berhenti daripada politik kepartian sebaik sahaja menerima jawatan tersebut. “ – Buku Pakatan Harapan.

mani
Janji no 16 : Muka surat 55 buku manifesto Pakatan Harapn

Persidangan Dewan Rakyat semalam menyaksikan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Yusof mengangkat sumpah sebagai speaker baru, dimana beliau bukanlah ahli dewan rakyat.

Sejak memenangi pilihanraya pada 9 Mei lepas, kerajaan Pakatan Harapan telah melakukan beberapa U-turn, sehingga menjadi bahan jenaka di media sosial dengan jolokan Pakat-U-Turn Harapan.

Berikut merupakan beberapa U-Turn yang sempat TTKM rekodkan – TTKM-

Putrajaya U-Turn lagi : Tiada 30% wanita dalam kabinet

Putrajaya U-Turn lagi : BTN tidak jadi dimansuhkan.

Lagi U-turn: PLKN akan dikaji, bukan dimansuhkan – Mat Sabu

PM U-Turn? Kini HSR KL-Singapura ditangguhkan, bukan dibatalkan.

U-Turn lagi: 100 hari tak cukup nak tunai janji HARAPAN-Tun

Isu air ke Singapura : Tidak sampai 24 jam Tun sudah U-Turn

U-Turn lagi : Kula dakwa pengharaman tukang masak asing cuma diperingkat cadangan.

U-Turn lagi : Putrajaya tidak jadi batalkan ECRL. Mahu runding harga

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: