Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI
“Tak beli, tak bayar cukai SST!” – PM

Kuala Lumpur :  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan kerajaan untuk memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST), lapor Sinar Harian.

Menurut beliau, kadar cukai jualan sebanyak 10 peratus hanya akan dikenakan sekiranya pengguna membuat pembelian. Katanya, ia berbeza dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan cukai pada sumber.

“Setakat yang saya tahu, (cukai SST dikenakan) 10 % jika anda membuat pembelian. Jika anda tidak membeli, anda tidak bayar (cukai SST). Manakala GST adalah cukai nilai tambah, sama ada anda beli atau tidak, semua harga akan meningkat.” – Tun Dr Mahathir

 

Apabila ditanya bagaimanakah kerajaan akan memastikan SST lebih transparen dari GST, Tun Mahathir kelihatan tidak selesa dengan soalan tersebut,  menjawab dengan sinis:

“Kita perlu uji undang-undang (mengenai provinsi cukai). Kita tidak boleh menjadi legap sebab wartawan asyik bertanyakan soalan nakal”  Tun Dr Mahathir

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, di bawah Akta SST yang bakal dilaksanakan pada 1 September depan, cukai jualan dicadangkan adalah 10 peratus. Manakala untuk cukai perkhidmatan pula, dicadangkan sebanyak 6 peratus.

Penganalisis: SST tak turun harga barang, perkhidmatan

Sementara itu FMT melaporkan penguatkuasaan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan menyebabkan harga barangan akan naik dan tidak mengubah harga perkhidmatan kerana cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga mengenakan jumlah yang sama, memetik penganalisis ekonomi.

Pensyarah Universiti Tun Abdul Razak (Utar) Prof Barjoyai Bardai berkata cukai jualan pada kadar 10% menyebabkan harga barang di kedai runcit atau pasar raya akan naik sebanyak 10%.

“Bila dia (kerajaan) perkenalkan SST, dia akan cukai pada kadar 10% ke atas pengilang. Kalau pengilang mengutip cukai ini daripada pemborong, pemborong menjual kepada peruncit, akan termasuk cukai jualan ini. Jadi kita akan lihat harga barang di kedai runcit atau di supermarket akan naik sebanyak 10%,” –  Prof Barjoyai Bardai-

Dari segi penguatkuasaan 6% cukai perkhidmatan pula, beliau berkata ia tidak akan mengubah harga barang kerana harga perkhidmatan semasa GST juga tetap sama iaitu pada kadar 6%.

Malah, katanya, selepas kerajaan mengumumkan GST dikenakan pada kadar 0%, harga barangan dan perkhidmatan tidak mengalami penurunan.

Reaksi Netizen.

Di media sosial, kenyataan Tun Dr Mahathir ini menjadi bahan troll oleh netizen.

Nik Mohd Shahril Izwan Lagi aku x faham bila dia kata gst ni walaupun orang lain beli kita yang byr cukainya

Huda Ramli Mad Maslan belajar dengan Atok atau Atok belajar dengan Mad Maslan?

Jenice Lee Jangan makan tak perlu bayar SST, sudah mati apa-apa cukai pun tak perlu bayar.

Azhar Ptj Kalau nak barang jgn beli ambil je jgn bayar kalau bayar nanti kena SST

Anas Abd Jalil Kalau tak mau anak buat dosa, jangan buat anak

Rajimie Kamaridha tak suka malaysia…keluar dari malaysia

Amir Shaqim Haaa tepukkk

Irnizam Isa Fuh satu kenyataan yg berani

Sementara itu, pemerhatian TTKM mendapati majoriti rakyat berang dengan perkenalan semula SST pada peratusan yang lebih tinggi dari GST sebelum ini. Mereka gusar ia akan menyebabkan kos sara hidup lebih tinggi dan harga barang meningkat.

“Sudahlah harga minyak tak turun, harga tomato pula yang turun, lagi nak perkenalkan SST pada kadar tinggi begitu? Janji manifesto macam-macam. Sudahnya janji dicapati, lepas tu cakap manifesto bukan kitab suci! Juzaker betul!” kata Joe kepada TTKM apabila ditemui di kaki lima berdekatan pejabat kami. – TTKM –

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: