
Kuala Lumpur, 17 Julai. : YDPA Sultan Muhammad V sebelum memulakan titah pada hari pertama mencetuskan gelak ketawa di dewan rakyat apabila baginda memulakannya dengan meminta semua ahli di dalam dewan rakyat supaya “duduk dan jangan lari.”
“Tuan yang dipertua Dewan Rakyat, Tuan yang dipertua Dewan Negara dan ahli-ahli yang berhormat sekalian. Sila duduk dan jangan lari.” – YDPA Sultan Muhammad V
(Video dari Media Selangor)
Semalam, ahli parlimen pembangkang dari BN dan PAS keluar dewan sebagai membantah apa yang menurut mereka perlantikan speaker Dewan Rakyat yang tidak mengikut peraturan notis 14 hari. Mereka mendakwa kerajaan telah menggunakan surat yang telah ditarikh-awalkan (back-dated).
Semua ahli parlimen pembangkang dari BN dan PAS keluar dewan kecuali Khairy Jamaludin dan Anifah Aman. -TTKM-

Leave a Reply