Daging wagyu tu RM280 sekilo, bukan RM2000 sekilo!

KUALA LUMPUR: “Daging wagyu yang dihidangkan di meja Perdana Menteri dan tujuh lagi tetamu khas pada majlis angkat sumpah Ahli Parlimen, Isnin lalu hanya berharga RM280 sekilogram, bukannya RM2,000,” kata Pengurus Putrade Property Management Sdn Bhd, Wan Abdulah Wan Mohamad, lapor Berita Harian.

(Gambar : WAN Abdullah menunjukkan invois yang menunjukkan harga bagi makanan tengah hari pada Majlis Angkat Sumpah dan Persidangan Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur.- Foto Mohamad Shahril Badri Saali, Berita Harian.)

Katerer sponsored lah!

Wan Abdullah turut menegaskan hidangan itu bukan ditempah oleh pengurusan Parlimen, sebaliknya pemberian ikhlas daripada katerer bagi meraikan kerajaan baharu dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, sejak sekian lama menjadi katerer di Parlimen, ini adalah kali pertama menu hidangan untuk meja utama menjadi isu hingga tular di laman sosial.

Beliau berkata, menu yang dihidangkan untuk tetamu utama pada majlis Isnin lalu adalah nasi putih, dada ayam kuah percik, udang harimau goreng mentega, daging wagyu masak kicap kentang, rusuk kambing goreng berempah, tauhu Jepun kukus dengan brokoli, gado-gado kuah kacang, buah-buahan dan jus.

“Keseluruhan caj makanan untuk lapan tetamu di meja utama hanya RM400 iaitu RM50 seorang dan hidangan istimewa daging wagyu masak kicap kentang itu adalah pemberian ikhlas daripada pihak katerer untuk meraikan Tun (Dr Mahathir).Saiz hidangan juga bukanlah besar iaitu hanya 160 gram sahaja untuk seorang dan pemilihan menu juga dibincangkan dalam mesyuarat sebelum ia disediakan.Tidak betul kononnya hidangan mewah berharga ribuan ringgit. Sepatutnya pihak terbabit mendapatkan penjelasan daripada kami dan bukannya membuat fitnah di laman sosial,” – Wan Abdullah.

Wan Abdullah berkata, pihaknya kecewa apabila hidangan daging itu dijadikan isu kerana niat utama katerer adalah untuk membodek meraikan pembentukan kerajaan baharu.

Daging lembut untuk orang tua. 

Katanya, katerer memahami keadaan Dr Mahathir dan pemilihan daging lembut itu juga adalah untuk membantu memudahkan beliau menikmati hidangan berkenaan.

“Daging biasa agak keras dan tidak berapa sesuai untuk dinikmati oleh Tun yang sudah berusia 93 tahun. Beliau adalah ketua negara dan tidak salah jika kami menjaga dengan teliti pemakanannya” – Wan Abdullah.

Kontroversi hidangan daging wagyu masak kicap itu mula tular selepas seorang pengguna Twitter memuat naik gambar menu hidangan berkenaan di laman sosial.

Pemilik akaun, Duke of KL, memuat naik status: “Hutang negara `RM 1 Trilion’. Rakyat pula terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi. Tapi di Dewan Rakyat, mereka jamu daging wagyu yang berharga RM2,000 sekilo. Tahniah kerajaan Pakatan Harapan” -TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.