
Pontian, 18 Julai: Ahli Parlimen UMNO Pontian, YB Ahmad Maslan atau lebih dikenali sebagai Mat Maslan berkata titah DYMM SPB YDP Agong semalam “Sila duduk dan jangan lari” itu bukan bermaksud jangan keluar dewan.

Tambah beliau, ‘jangan lari’ itu sebenarnya bermaksud jangan lari dari perjuangan, lari dari tanggungjawab atau lari dari parti masing-masing.
Ahmad Maslan berkata sedemikian dalam satu kicauan beliau di twitter:
“Sila Duduk dan Jangan Lari”. Titah DYMM SPB YDP Agong. Secara berjenaka. Namun bijaksana. Dalam maksudnya. Jangan lari drpd perjuangan. Jangan lari drpd tanggungjawab. Jangan lari drpd parti masing2. Namun ramai juga menafsir jangan keluar dari Dewan. Menjunjung Kasih Tuanku…
— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) July 17, 2018
Kicauan Ahmad Maslan itu mendapat reaksi lucu dari netizen
Kami cuba mendapatkan respon Ahmad Maslan berhubung perkara ini dan ini reaksi beliau:
Ahmad Maslan merupakan ahli politik yang paling kuat ditroll oleh netizen, ini berhubung kenyataan beliau dahulu yang dengan yakin berkata GST boleh menurunkan harga barang. Atas sebab itu, beliau telah menjadi Pemenang Maharaja Lawak Mega Versi Menteri 2015.
Sebaliknya, apa yang berlaku pada 9 Mei lepas adalah GST telah menurunkan kerajaan BN. -TTKM-
Leave a Reply