‘Maksud Agong tu sebenarnya jgn lari dari parti!’ – Mat Maslan

Pontian, 18 Julai: Ahli Parlimen UMNO Pontian, YB Ahmad Maslan atau lebih dikenali sebagai Mat Maslan berkata titah DYMM SPB YDP Agong semalam  “Sila duduk dan jangan lari” itu bukan bermaksud jangan keluar dewan.

 

 

AHLI-AHLI Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan, 16 Julai lepas, gambar  UTUSAN ONLINE

Tambah beliau,  ‘jangan lari’ itu sebenarnya bermaksud jangan lari dari perjuangan, lari dari tanggungjawab atau lari dari parti masing-masing. 

Ahmad Maslan berkata sedemikian dalam satu kicauan beliau di twitter:

Kicauan Ahmad Maslan itu mendapat reaksi lucu dari netizen

Kami cuba mendapatkan respon Ahmad Maslan berhubung perkara ini dan ini reaksi beliau:

Ahmad Maslan merupakan ahli politik yang paling kuat ditroll oleh netizen, ini berhubung kenyataan beliau dahulu yang dengan yakin berkata GST boleh menurunkan harga barang. Atas sebab itu, beliau telah menjadi Pemenang Maharaja Lawak Mega Versi Menteri 2015.

Sebaliknya, apa yang berlaku pada 9 Mei lepas adalah GST telah menurunkan kerajaan BN. -TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version