Tue. Oct 15th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Penangguhan PTPTN, bukan dalam 100 hari, masih ‘dikaji’ lagi

1 min read
Oleh : Khairy Jamaludin
Pagi tadi di Parlimen saya telah tanya Menteri Pendidikan berkenaan status salah satu janji 100 hari Pakatan Harapan iaitu menangguhkan pembayaran PTPTN sehingga gaji peminjam mencecah RM4 ribu sebulan.

Saya tanya samada kajian telah dibuat berkenaan tempoh purata yang diperlukan siswazah untuk mencapai gaji RM 4 ribu sebulan. Dan berdasarkan kajian itu unjuran tanggungan kewangan bagi PTPTN dan kerajaan untuk melaksanakan janji tersebut.

Ini kerana jika ramai peminjam menangguh bayaran, PTPTN terpaksa meminjam duit untuk diberi kepada pemohon-pemohon baharu. Pinjaman ini pula dijamin oleh kerajaan dan akan menambah contingent liability yang dikhuatiri Menteri Kewangan.

Dan akhirnya saya tanya “yes or no” samada janji ini akan dilaksana dalam tempoh berbaki 100 hari.

Jawapan dari Menteri (lebih kurang): “Kajian berterusan akan dilaksanakan.” -TTKM
(Khairy Jamaludin adalah ahli parlimen UMNO Rembau, Artikel ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak mewakili pendirian TTKM- editor. )

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: