Rakyat disuruh derma, pemimpin dijamu makanan mewah!

PETALING JAYA: Rakyat disuruh menderma pada Tabung Harapan, pemimpin pula dijamu makanan mewah. Itu yang berlaku semalam apabila tular di Twitter sekeping gambar menu sajian mewah berasaskan daging lembu wagyu dipercayai dihidangkan semasa jamuan tengah hari di Parlimen.

Menu tersebut didedahkan oleh pengguna Twitter: Duke of Kl:

“Hutang negara ‘RM 1 Trilion’ Rakyat pula terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi Tapi di Dewan Rakyat, mereka jamu daging Wagyu yg berharga RM2000 sekilo Tahniah kerajaan Pakatan Harapan #MalaysiaBaru” -Duke Of KL

Netizen berang dengan hidangan mahal tersebut yang mencecah antara RM1,500 hingga RM2,000 sekilogram bagi gred B.

Hidangan itu turut hangat dibawangkan pada kicauan tersebut

This slideshow requires JavaScript.

Selain daging wagyu, hidangan lain termasuk udang harimau goreng mentega, rusuk kambing goreng berempah, dada ayam kuah percik, tauhu Jepun kukus dengan broccoli dan nasi putih, lapor Mstar.

Contoh hidangan daging wagyu. – Gambar hiasan/Snake River Farms

Kesahihan mengenai gambar menu hidangan tersebut disahkan sumber kerajaan kepada mStar Online.

Sumber itu berkata hidangan daging wagyu berkenaan bagaimanapun hanya disajikan untuk tetamu di meja utama sahaja membabitkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Speaker Dewan Rakyat, Speaker Dewan Negara, dua timbalan Speaker dan Ketua Hakim Negara yang duduk semeja.

Caterer jawab.

Sementara itu, menurut laporan Berita Harian, Pengurus Putrade Property Management Sdn Bhd, Wan Abdulah Wan Mohamad, berkata “Daging wagyu yang dihidangkan di meja Perdana Menteri dan tujuh lagi tetamu khas pada majlis angkat sumpah Ahli Parlimen, Isnin lalu hanya berharga RM280 sekilogram, bukannya RM2,000,”

Wan Abdullah turut menegaskan hidangan itu bukan ditempah oleh pengurusan Parlimen, sebaliknya pemberian ikhlas daripada katerer bagi meraikan kerajaan baharu dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

-TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.