Tue. Oct 15th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Tak cukup data kewangan ketika tulis manifesto PH!”- Wan Saiful

2 min read

Kuala Lumpur, 18 Julai: Timbalan Pengarah Biro Strategik dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Wan Saiful Wan Jan mendedahkan tidak mendapat maklumat mencukupi  mengenai data terkini status kewangan negara ketika merangka manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya umum lalu, lapor Malaysiakini.

Ini kerana menurut pembantu khas kepada menteri pendidikan itu, beliau tidak dapat mengakses kepada maklumat atau data tertentu, menyebabkan wujud ‘kelemahan’ dalam manifesto berkenaan.

“Sebenarnya pada waktu saya menulis, saya sentiasa sedar bahawa ada satu kelemahan yang amat ketara yang saya hadapi iaitu saya tidak ada, pada waktu itu, data terkini mengenai status kewangan negara.Maka saya tidak dapat membuat anggaran berapa kos sebenar yang perlu dibayar untuk melaksanakan program-program yang saya sendiri tuliskan,”  – Wan Saiful Wan Jan

TTKM mendapati kenyataan Wan Saiful ini agak lucu kerana “data terkini mengenai staatus kewangan negara” sentiasa disiarkan setiap suku tahunan, malah boleh diakses di laman web Bank Negara.

Wan Saiful boleh mengakses laporan kewangan tahun 2017 di sini :

http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/en/2017/ar2017_book.pdf  

Jika Wan Saiful tidak boleh membaca pautan tersebut, kemungkinan besar beliau tidak install PDF reader untuk membacanya,

Wan Saiful boleh mendapatkan Adobe Acrobat Reader untuk membaca fail tersebut di sini : https://get.adobe.com/reader/ 

Jika Wan Saiful tidak boleh juga membaca fail tersebut, sila email TTKM  di tenteratrollkebangsaan@gmail.com untuk diaturkan satu pertemuan. Kami akan memberikan beliau kismis minda percuma untuk dimakan. -TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: