(Video) Dewan Rakyat Kecoh seperti pasar ikan lagi!

Parlimen: Dewan rakyat kembali kecoh seperti ada jualan murah di pasar ikan hari ini apabila Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh meminta Timbalan Speaker, Datuk Mohd Rashid Hasnon memberikan pendirian berhubung serangan ke atas mendiang ayah beliau, Karpal Singh beberapa tahun lalu yang didakwa dilakukan  oleh ‘gengster ahli pemuda UMNO.’

“Mendiang Karpal Singh, berkerusi roda, ahli parlimen, diserang bukan oleh seorang, tetapi 10 ahli pemuda umno gengster… apakah yang dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO ketika itu, beliau memberikan slap to the wrist..Adakah parlimen sebagai satu institusi yang berperlembagaan di bawah kerajaan baru Pakatan Harapan ini akan mengambil tindakan yang sewajar terhadap gengster pemuda umno tersebut, memandangkan kerajaan lepas di bawah Barisan Nasional tidak dapat berbuat demikian..” – YB Bukit Gelugor, Ram Karpal Singh.

Penggunaan perkataan ‘gengster’ itu menyebabkan bantahan dari wakil-wakil rakyat UMNO dan meminta supaya Bukit Gelugor menarik balik perkataan tersebut.

Jelutong kemudian menafikan beliau menujukan perkataan itu kepada ketua pemuda umno.

Wakil rakyat umno kemudian memetik peraturan mesyuarat 36(4) yang tidak membenarkan perkataan biadap dilakukan kepada sesiapa.

Kekecohan tersebut berlanjutan hampir satu jam, di mana keupayaan Timbalan Speaker yang baru benar-benar diuji. Malah,  jeritan anggota-anggota parlimen menenggelamkan suara  Rashid Hasnon yang dilihat tidak dapat mengawal keadaan.

 

Rayer (Jelutong) pula turut mencelah yang kemudiannya dilabel pula sebagai samseng oleh Bung Moktar Radin (Kibanatangan)

Akhirnya, speaker memberikan arahan supaya Jelutong dan Kinabatangan menarik balik perkataan tersebut.

Kedua-dua anggota parlimen itu enggan berbuat demikian namun Mohd Rashid tidak mengambil apa-apa tindakan yang kemudian menyebabkan kekecohan berlaku lagi.

Bekas timbalan speaker, Ronald Kiandee ( Beluran) kemudian mencelah mengingatkan speaker bahawa jika Bukit Gelugor tidak mengikut peraturan mesyuarat dan tidak mengikut arahan supaya menarik balik, beliau boleh dihalau dari dewan.

Akhirnya, Rashid  memberikan arahan baru iaitu memberikan ‘amaran’ kepada Bukit Gelugor supaya tidak menggunakan perkataan sedemikian lagi dan meminta Johari Abdul (Sungai Petani) meneruskan ucapan beliau.

Dewan kembali menjadi kecoh dengan arahan  tersebut, yang akhirnya berlanjutan sehingga pada jam 1 petang  dewan ditangguhkan.

Di media sosial, netizen memberikan reaksi yang kurang senang dengan keupayaan Rashid mengendalikan dewan rakyat.

Anas Nazri Fail tahap gaban. Hal peraturan mesyuarat tak selesai, lagi nak mintak Sg Petani sambung. Confirm drag ni!

Ahmad Asyraf Tajputra takde aura. Kena try koming pulak. bila nak abis da. KJ yg steady pun dah blah dari tadi. siap gaduh masuk balik

Khairul Nizam Osman Jgn terbulu2…kasi dia masa skit la …kohkohkoh

Kairiel Amree Kena sekolahkan dengan bekas Timbalan Speaker yg lalu.

Arafas A Razak Masa jadi tkm pulau pinang pun lembik

Syahmi Radzi Lembikkkk mmg kne buli abis

Nur Fadzillah Abd Isa ·Dah mcm sarkas dahhhh

Khairul Hady · Teruk kena belasah.nak ketawe kesian pulak..

Zeemann Fajir Atoq ada , not atoq buat ruling la semua org dengar, megah sungguh wajah ram karpal singh bikin isu habis meroyan satu dewan sambil dia menikmatinya dgn penuh kemegahan dan keangkuhan

-TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.