(Video) Ramkarpal Singh kena halau keluar dewan

PARLIMEN | Kerana berdegil enggan menarik balik kenyataannya yang menggelar Pemuda Umno sebagai “samseng”, Ramkarpal Singh menjadi anggota parlimen pertama yang diarahkan keluar oleh speaker Dewan Rakyat yang baru dilantik, Datuk Mohamad Ariff Yusof.

Sesi kedua yang bermula selepas jam 2.30 petang tadi adalah lanjutan dari kekecohan pada sesi pagi di mana Timbalan Speaker, Rashid telah memberikan arahan kepada Ramkarpal (sebut gengster) dan Bung Mokhtar (sebut samseng) supaya menarik balik perkataan biadap yang digunakan dalam dewan.

Setelah diberi peluang beberapa kali untuk menarik balik perkataan tersebut, Ramkarpal tetap berdegil dari melakukannya. Arif kemudian mengarahkan bentara supaya mengiring Ramkarpal keluar dari dewan.

Bung Mokhtar bagaimana?

Sementara itu, barisan wakil rakyat kerajaan Pakatan Harapan tidak berpuas hati dan meminta Ariff menghalau juga Bung Mokhtar yang  turut menggunakan perkataan biadap, samseng terhadap RAyer (Jelutong).

Apabila Bung Mokhtar cuba untuk menarik balik, berlaku semula kekecohan seperti jualan murah di pasar ikan sekali lagi.

“Bagaimana saya nak tarik balik jika saya tidak boleh bercakap?” tanya Bung Mokhtar.

“Kinabatangan, adakah kamu tarik balik?” tanya Arif.

“Saya mahu tarik balik. Saya tarik balik. Saya akur kepada arahan speaker” jawab Bung Mokhtar.

Apabila ditanya oleh seorang wakil rakyat Pakatan Harapan, sampai bilakah Ramkarpal digantung, Ariff tidak memberi respon terhadap soalan tersebut. -TTKM-

(Video ehsan TV3)

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.