(Video)”Manifesto sukar laksana sbb rintangan undang2 lama & pegawai bermasalah” – PM.

bottle
bottle

Parlimen, 19 Julai : Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir (Langkawi)berkata kerajaan menghadapi rintangan untuk melaksanakan manifesto Pakatan Harapan oleh kerana undang-undang lama yang digubal oleh kerajaan terdahulu dan juga terdapat pegawai-pegawai kerajaan  bermasalah yang perlu ditukarkan.

Beliau berkata demikian apabila ditanya oleh Khairy Jamaludin (Rembau)

Dua hari lepas, YAB sendiri telah menyebut bahawa manifesto itu bukan kitab suci, cuma panduan sahaja. Dan ada janji yang tidak dapat ditunaikan sepenuhnya seperti perlantikan speaker bukan dari kalangan ahli dewan rakyat. Jadi saya nak tahu dari YAB, berapa banyak lagi yang akan jatuh dalam kategori tersebut, bukannya kitab suci tapi hanya panduan sahaja. .Jadi saya minta jawapan dari YAB. Di mana janji, yang dikatakan janji akan ditunaikan, dan mana hanya panduan sahaja. ” – Khairy Jamaluddin.

kj1.jpg

Khairy kemudian memetik beberapa janji yang tidak dapat ditunaikan oleh Pakatan Harapan dalam 100 hari ini.

Semalam saya tanya menteri pendidikan berkenaan  janji  PTPTN hanya perlu bayar apabila gaji mencecah RM4000 sebulan. Itupun masih lagi dalam kajian. Tinggal lagi 30 hari, YAB. Dan ada janji yang mungkin YAB sendiri rasa boleh memudaratkan ekonomi negara. Seperti gaji minimum pada paras RM1500. – Khairy Jamaluddin.

Mungkin kerana faktor usia, Tun Dr Mahathir tersilap jawab apabila beliau memikirkan Khairy yang mendakwa manifesto itu adalah kitab suci.

kj2.jpg

“Saya tak sedar ahli yang berhormat manggap manifesto itu sebagai buku suci. Tetapi kalaupun dia anggap demikian, kami disebelah sini menganggap ini adalah manifesto, tidaklah mengikat kita sampai tak boleh bergerak. “ – Tun Dr Mahathir

Tun Mahathir kemudian memberikan alasan mengapakah kerajaan mengalami kesukaran melaksanakan janji-janji dalam manifestonya:

“Apabila kita cuba laksanakan (manifesto), kita dapati banyak rintangan, umpamanya undang-undang lama yang digubal oleh bekas kerajaan dulu. Juga menjadi halangan, pegawai-pegawai yang dahulu bersih daripada  bermacam jenayah, sekarang ini tidak dapat melaksanakan tugas-tugas mereka, mereka perlu ditukar” – Tun Dr Mahathir.

Beliau menambah pula, pegawai baru yang mengambil tempat pegawai bermasalah yang ditukarkan itu, mereka ini pula tidak mempunyai pengalaman secukupnya.

“Ada pula pegawai yang mengganti tidak punya pengalaman secukupnya. Semua ini menjadi halangan terhadap perlaksaan janji kami. dan kalau kami berdosa, kami tanggunglah, kita sama-sama, tapi kita tak anggap manifesto sebagai Quran atau pun Bible. Jika kita menghadapi rintangan, kita akan mengatasinuya (janji tersebut)” – Tun Dr Mahathir.

Ini berbeza pula dengan jawapan beliau terdahulu yang mengatakan kerajaan komited mahu melaksanakan janji-janji  manifesto.

Status janji Pakatan Harapan 

“Dalam tempoh 70 hari pentadbiran Pakatan Harapan, bermula daripada 10 mei 2018 hingga kehari ini,  2 daripada 10 janji kerajaan pakatan harapan telah mula dilaksana. 6 janji sedang ditunaikan, 2 janji lagi belum lagi dimulakan langkah perlaksanaannya. Kerajaan komited untuk merealisasikan kesemua 10 janji tersebut atas dasar akauntabiliti kami kepada rakyat.” – Tun Dr Mahathir.

Banyak kerja lain juga.

“Harus diingat tumpuan kerajaan bukanlah kepada 10 janji ini sahaja, dalam masa 100 hari ini juga, banyaklah kerja lain perlu dilaksanakan oleh kerajaan. Yang diutamakan ialah tindakan membersih kerajaan dari membersihkan kerajaan dari kerosahakn hasil dari gejala rasuah dan salah guna kuasa yang melanda jentera kerajaan yang terdahulu- Tun Dr Mahathir.

Ketika PRU 14 yang lepas, Pakatan Harapan telah menaburkan janji-janji pilihanraya dalam buku manifesto Pakatan Harapan. Selain itu, terdapat juga 10 janji yang dijanjikan akan dilaksanakan dalam masa 100 hari pemerintahan.

28685279_10157186395691258_8280739596746792598_n
10 janji 100 hari.

Kerajaan Pakatan Harapan kini  cuma ada 30 hari lagi untuk menunaikan 10 janji-janji tersebut.

Sementara itu, penyokong kerajaan (JiKera) mengatakan 10 janji 100 hari ini memang tidak dapat ditunaikan, maka mereka menggunakan alasan “takkan hari ini kahwin, esok sudah beranak.”

Atas sebab itu, TTKM telah menaikkan counter bila mereka akan beranak, yang menurut perkiraan kami,  jika mereka melakukan senggama pada 9 Mei 2018 dan dalam keadaan subur, maka Pakatan Harapan akan bersalin pada 19 Februari 2019, iaitu lagi 214 hari dari sekarang. – TTKM-

100.JPG

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.