GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang sudah merakam percakapan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy, yang didakwa menyokong kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Ealam (LTTE) dari Sri Lanka, lapor Berita Harian.
Ketua Polis negeri, Datuk Seri A Thaiveegan, berkata keterangan Ramasamy dirakamkan Selasa lalu, bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dari seluruh negara yang dibuat terhadap ahli politik itu berhubung dakwaan terbabit.
“Kita sudah panggil beliau dan rakam percakapannya dua hari lalu dan beliau memberi kerjasama yang baik.Bagaimanapun, siasatan akan diteruskan oleh Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman kerana laporan polis terhadap beliau turut membabitkan dari negeri lain.” – Datuk Seri A Thaiveegan-
Sejak awal bulan ini, beberapa laporan polis dibuat terhadap Ramasamy berikutan bukti yang mengaitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu terbabit dengan kumpulan LTTE di Sri Lanka, tersebar di laman sosial.
Antaranya adalah gambar Ramasamy bersama pengasas dan Setiausaha Agung parti politik Marumalarchi Dravida Munnetra Kazhagam (MDMK), Vaiko atau V Gopalasamy yang dimuat naik di media sosial pada 14 Julai lalu, selain Ramasamy juga pernah menjemput ahli politik India, V Gopalasamy yang terbabit dengan LTTE ke majlis perkahwinan anaknya di Pulau Pinang tahun lalu.
Sebelum ini, Ramasamy mencetuskan kontroversi apabila mendesak kerajaan untuk menghantar pulang penceramah bebas, Dr Zakir Naik ke India.
Kerajaan tidak akan hantar Zakir pulang- Tun.
Sementara itu, perdana menteri, Tun Dr Mahathir bercakap pada media 6 Julai lepas bahawa Zakir Naik telah pun diberikan status penduduk tetap, maka beliau tidak akan dihantar pulang.
“Selagi dia tidak membuat sebarang masalah, kita tidak akan hantar dia pulang kerana dia ada status penduduk tetap” – Tun Dr Mahathir.
Permintaan P. Ramasamy ini mengulangi permintaan yang dilakukan oleh beliau 2 tahun lepas. Pada April 2016, P Ramasamy meminta Putrajaya supaya menghantar Zakir Naik pulang ke India, sambil menggelar Zakir sebagai ‘setan’, pada satu hantaran di facebook. Hantaran tersebut disunting, dipadamkan setelah mendapat kritikan pelbagai pihak. (Tidak tahan tekanan, P Ramasamy akhirnya menyatakan kekesalannya menaikkan status tersebut.)
Berikut merupakan terjemahan tulisan hantaran tersebut :”
“Marilah kita hantar Zakir Naik “setan” keluar dari negara ini! Zakir Naik ‘setan’ berada di negara kita atas jemputan kerajaan negeri Terengganu. Dia adalah pendakwah islam dan evengelist yang tiada apa pun yang dikatakan selain kebencian dan menghina orang bukan islam. Dia sudah diharamkan di Kanada dan UK kerana ucapan kebenciannya. Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan sama ada mereka muslin atau non-muslim mesti buat laporan polis terhadap Zakir Naik dan anaknya. NGO Hindu dan orang India serta individu harus mengetuai laporan polis ini. PSAT (Penang Society for Advancement of Tamils ) akan mengetuai membuat laporan polis esok di Pulau Pinang. Suruh Zakir Naik pulang ke India supaya dia boleh lakukan dakwahnya di sana” – P. Ramasamy.

Pada ketika itu, Mufti Perlis, Dr Asri turut menggesa kerajaan supaya tidak tunduk dengan desakan parti politik tertentu yang mahukan pendakwah bebas Dr Zakir Naik, dihantar pulang ke India.
“Perkara ini bermula dengan kelompok fanatik agama, diikuti dengan beberapa tokoh parti politik yang mengeluarkan kenyataan mengaitkan Dr Zakir dengan keganasan dan mahu ia dihantar pulang ke India. Mereka perlu buktikan… di mana kenyataan (Dr Zakir) yang menyeru keganasan… ucapan beliau dirakamkan… jadi sila maklumkan di mana ayat menyeru keganasan itu. Ini adalah perkara yang mendukacitakan,” – Dr Asri
-TTKM-