Oleh : Najib Saahari
Semalam Menteri Kewangan dan Ong Kian Ming berkata SST akan mengurangkan beban rakyat . Maknanya, dalam kata lain adalah harga barang akan turun . Kau orang jangan tepuk tapi gelak . Haaa gelak . Kenyataan itu mengarut dan merepek!
Lets call a spade , a spade . Harga barang tidak akan turun . SST ke GST kah harga barang memang tidak akan turun . hentikan buat perbandingan cukai mana yang akan turunkan harga barang . Perkara itu tidak akan berlaku . GST atas kertas mampu untuk turunkan harga barang tapi di dunia nyata, harga barang tidak turun . Kenapa ? Price elasticity .
Price elasticity dalam kes GST kita tengok demand elasticity . Kalau pekedai sebelum ni jual Milo sepeket RM30 , kalau kos dia berkurang sekali pun dia tetap akan jual RM30 sebab permintaan masih ada . Kalau dia boleh jual sepeket RM30 , kenapa dia perlu kurangkan harga ? Sebab tu harga barang tidak turun walaupon GST tu atas kertas boleh kurangkan harga barang . Jadi, hentikan buat perbandingan sia-sia . Hanya ada satu cara nak kurangkan harga barang adalah menghentikan permintaan atau tambahkan bekalan.
Berkenaan dengan cara perkiraan GST ( boleh rujuk rajah yang dibawah , kredit untuk Dato Syed Azimal ) .
Untuk setiap lapisan cukai yang dikenakan , peniaga boleh claim balik output cukai tersebut . Maknanya cukai bersih yang dibayar sebenarnya lebih kecil ( Input tax – output tax ) . Pada lapisan ini, yang barang naik kalau pakai GST , sistem claim balik kerajaan lambat so ia mengganggu aliran tunai peniaga . Peniaga mahu selesaikan masalah ni , maka mereka menaikkan margin awal-awal . Bila mereka naikkan margin awal-awal jadilah kesan rantaian .
Masalah lain pasal GST ni pula , tiada penguatkuasaan . Sistem dia dah telus , semua transaksi kerajaan akan nampak . Kerajaan sepatutnya boleh gunakan agensi penguatkuasa untuk pantau harga barang . Jangan bagi peniaga naikkan margin sesuka hati . Kalau ada penguatkuasaan , harga barang akan stabil .
Untuk SST pula tiada claim input tax so secara teknikalnya peniaga tidak akan naikkan margin . Walaubagaimanpun , masalah lain timbul . Sistem dia tidak telus . Pengilang boleh tipu cukai. Pengilang setup satu syarikat pemborong . Pengilang jual pada pemborong ( yang juga dimiliki oleh entiti yang sama ) pada harga yang lebih rendah . Jadi cukai yang dikenakan tidak tinggi . Pemborong jual harga yang tinggi ( termasuk 10% ) . Pemborong yang dapat 10% tu bukan kerajaan . Harga barang naik juga tapi yang untung adalah pemborong . Pembeli sia-sia bayar apa yang dikatakan cukai 10% itu tetapi hasil pergi ke peniaga . Peniaga joli katak , rakyat tidak dapat manfaat .
Kalau GST dulu barang naik harga tapi hasil cukai kerajaan dapat . Kerajaan bagi balik melalui subsidi bersasar (BR1M) , kemudahan infra , subsidi kesihatan dan macam2 lagi lah . So hasil cukai dapat balik .
Jadi, kepada Menteri , harga barang memang tidak akan turun . Jumlah kutipan cukai yang turun . Bila kutipan cukai consumption turun , kau orang kena berjimat . Kerajaan berjimat , swasta merana . Swasta merana sama ada projek kurang atau cukai syarikat naik . Kalau tu jadi , pekerja la yang kena tempias .
Walau bagaimanapaun, rakyat rindu zaman RM50 troli penuh . Harga barang tidak turun tapi saya ada satu idea untuk dapat RM50 troli penuh – Suruh menteri KPDNKK keluarkan arahan supaya semua pasaraya kecilkan saiz troli . Size troli tu kalau lagi kecil mungkin RM20 dah boleh penuh. Jadi rakyat dapatlah zaman RM50 troli penuh. – TTKM-