
Oleh : Anti -Wayang
Terbaru tentang SST dan GST:
Oleh kerana GST disifarkan pada Jun 2018 , kadar inflasi bulan itu jatuh ke 0.8% berbanding 1.8% pada bulan sebelum itu.
Kadar inflasi bulan Jun tidak negatif. Ini bermakna harga barang terus naik walaupun GST tiada lagi – bercanggah dengan kenyataan Menteri-menteri kita.
The Star hari ni melaporkan pakar ekonomi berkata bahawa: SST baru akan meliputi lebih banyak barang berbanding sistem SST yang lama.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/07/18/new-and-improved-sst/

Sebelum ini, PH mendakwa GST lebih teruk berbanding SST kerana lebih barang dicukaikan berbanding SST.
Kini, sistem SST baru akan meliputi lebih banyak barang dan servis – bermakna ia tidak beza dengan GST. Yang beza ialah kadar 10% + 6% lebih tinggi dari GST 6%.
Dalam laporan The Star yang sama, pakar ekonomi juga kata tidak mungkin harga barang akan turun bila SST dikuatkuasa bulan September.
Sebaliknya, pakar-pakar ekonomi berpendapat bahawa harga barang tentu akan naik.
Naik sejauh mana, pakar ekonomi tidak berani ramal. Anda fikir bagaimana? -TTKM-
Leave a Reply