PETALING JAYA: Dua aktivis pengguna gusar pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September ini mungkin akan menyebabkan inflasi harga dan kos sara hidup lebih tinggi, lapor FMT.
“Pengguna sudah tentu akan terkesan dengan perkara (SST) ini dan kos sara hidup mungkin akan meningkat” – Dr Jacob George, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam.
Manakala Naib Presiden Persatuan Pengguna Malaysia, Yusof Abdul Rahman pula berkata terdapat ketidakpastian “sama ada kerajaan akan menggunakan sistem cukai yang lebih luas”. Sekiranya perkara itu berlaku, SST akan dikenakan kepada semua barang yang dihasilkan atau diimport dan perkara ini akan menyebabkan perubahan harga barangan.
“Akan ada peningkatan harga beberapa bulan pertama, tetapi situasi akan OK selepas itu.” – Yusof Abdul Rahman
Menteri kewangan, Lim Guan Eng pada hari isnini mengumumkan kadar SST pada 10% untuk barangan dan 6% untuk perkhidmatan, kadar yang sama dikenakan sebelum GST diperkenalkan pada 2015.
Rata-rata, rakyat kebanyakannya bimbang pengenalan semula SST pada kadar tersebut akan menyebabkan harga barang dan kos sara hidup menjadi tinggi.
Sementara itu,Menteri Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Saifuddin Nasution menyatakan GST (kini kadar sifar), atau SST (yang akan diperkenalkan semula September ini), hanyalah salah satu faktor yang membawa kepada kenaikan kos sara hidup disebalik enam faktor lain.
“Kos sara hidup ni kan, bukan hanya melibatkan makanan. Dia melibatkan (kos) perumahan, pendidikan, pengangkutan, bil utiliti, makanan, kesihatan. Dia ada sekurang-kurangnya enam bahagian yang sebenarnya melonjakkan kos kehidupan. Yang kita cakap tadi (mengenai) SST, GST tadi baru satu bahagian” – Dato’ Saifuddin Nasution

Perdana Menteri ke 4 dan ke 7, Tun Dr Mahathir pula berkata SST hanya akan dikenakan sekiranya pengguna membuat pembelian.
“Setakat yang saya tahu, (cukai SST dikenakan) 10 % jika anda membuat pembelian. Jika anda tidak membeli, anda tidak bayar (cukai SST). Manakala GST adalah cukai nilai tambah, sama ada anda beli atau tidak, semua harga akan meningkat.” – Tun Dr Mahathir
TTKM cuba mendapatkan komen Ahmad Maslan mengenai perkara ini dan berikut merupakan respon beliau :
-TTKM-