Teguran buat facebookers non-muslim yg mempersendakan Agama & Tuhan MP PAS.

Kepada pengguna facebook non-muslim:

Wakil rakyat PAS adalah wakil rakyat parti politik berideologikan islam.

PAS itu sendiri adalah akronim kepada Parti Islam Semalaysia. Mereka adalah Islamis. Jadi, adalah normal bagi mereka berbahas dalam dewan rakyat dengan menyelitkan al-quran dan hadis.

pas 3.jpg
Perlu diingatkan, ahli parlimen Amanah dan segelintir dari PKR juga sekali sekala akan melakukan perkara tersebut.

Jadi bila anda memberikan komen di facebook mempersendakan agama mereka, tuhan mereka, sebenarnya anda secara tidak langsung membuatkan masyarakat muslim seluruhnya tersentuh.

Negara kita adalah berbilang agama. Manakala Islam pula adalah agama rasmi. Perpaduan perlu dijaga. Perpaduan negara kita bukannya padu seperti batu, malah seperti gelembung buih sahaja.

pas2.jpg

 

Oleh sebab itu, kami menyeru semua pihak supaya mengekalkan keharmonian agama dengan berhati-hati apabila memberikan komen menyentuh agama dan tuhan.

Kritiklah isi perbahasan wakil rakyat PAS terbabit, jangan persendakan agama dan tuhan mereka.

-Editorial TTKM –

(Kenyataan ini dibuat berhubung komen pengguna facebook non-muslim yang mempersendakan agama dan Tuhan ahli parlimen PAS, Tuan Ibrahim ketika beliau berbahas di Dewan Rakyat.)

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.