
KUALA LUMPUR, 20 Julai – Tony Pua (DAP-Damansara) mengesahkan beliau tiada maklumat mengenai dakwaan PAS ada menerima dana dari 1MDB. Beliau berkata demikian apabila ditanya oleh Ahmad Fadhli Shaari (Pas- Pasir Mas) ketika mencelah perbahasan Tony Pua (DAP-Damansara) di dewan rakyat, semalam.
“Setujukah Damansara (Pua) jika saya katakan bahawa Pas adalah merupakan parti yang tidak pernah menerima apa-apa dana daripada 1MDB berdasarkan data yang ada?” -Ahmad Fadhli Shaari
Menjawab persoalan ini, Pua berkata,
“Saya tiada maklumat, saya minta menteri (Lim Guan Eng) jawab,”- Tony Pua
Untuk rekod, Tony Pua, bersama Ong Kian Ming merupakan pegawai khas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang bekerja secara percuma.
“Kami dilantik tanpa gaji dan kami cuma mahu membantu. Menteri (Lim Guan Eng) memerlukan pertolongan dalam beberapa bulan ini” – Tony Pua.
Sementara itu, perbahasan Tony Pua yang panjang lebar membuatkan Tan Yee Kew (Wangsa Maju) terlelap. -TTKM-
Leave a Reply