
Parlimen, 20 Julai: Tony Pua (DAP-Damansara) mendakwa beberapa parti komponen Barisan Nasional mendapat dana jutaan ringgit yang berpunca dari 1MDB.
“RM470 juta yang berpunca dari 1MDB telah pun disalurkan kepada parti-parti komponen Barisan Nasional… UMNO dapat RM417 juta, ..yang kecil macam MCAlah dapat RM16 juta sahaja…MIC sebanyak RM20.5 juta” – Tony Pua
Saravanan (BN- MIC TAPAH) mencelah dan bertanyakan bukti.
“Saya tidak pasti yang berhormat dapat maklumat bahawa MIC dapat dana 1MDB. Apakah buktinya?”- Saravanan.
Gagal memberikan bukti, Tony Pua kemudian meminta pula Saravanan supaya merujuk kepada portal Malaysiakini untuk bukti tersebut:
“Sudah diterbitkan di Malaysiakini. Jika tidak betul, sila sampaikan maklumat tersebut kepada Malaysiakini.” – Tony Pua.
Jawapan tony Pua ini menyebabkan dewan kecoh lalu Tajuddin (BN UMNO- Pasir Salak) bangun mencelah:
“Malaysiakini pula nak pakai, U lah keluarkan bukti! Apa ni bergantung kepada Malaysiakini? Malaysiakini pula? Fitnah! Apa ini?” – Tajuddin
Tony Pua kemudian meminta agar pihak berwajib melakukan siasatan
“Biar pihak penyiasat siasat, dan minta supaya semua parti ini..” – Tony Pua.
TTKM mendapati dakwaan Tony Pua itu adalah berdasarkan laporan eksklusif yang disiarkan oleh Malaysiakini beberapa hari lepas di bawah tajuk “Wang songlap dari 1MDB atau derma?”.

(Perhatikan tajuk tersebut, Malaysiakini juga tidak dapat memastikan dari mana dana tersebut sama ada dari 1MDB atau derma, kerana itu mereka meletakkan tajuk dengan tanda soal. – editor TTKM)
Berikut merupakan pecahan dana yang diterima oleh parti komponen Barisan Nasional menurut Malaysiakini :

Tony Pua- Malaysiakini, Syed Saddiq menteri Twitter?
Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq juga ada meminta pihak wartawan supaya merujuk kepada Twitter beliau apabila ditanya mengenai isu Numan Afifi yang meletakkan jawatan kerana dikaitkan dengan LGBT.
PAS terima dana 1MDB? “Saya tiada maklumat!”- Tony Pua.
Pada perbahasan yang sama, Tony Pua (DAP-Damansara) mengesahkan beliau tiada maklumat mengenai dakwaan yang mengatakan PAS ada menerima dana dari 1MDB. Beliau berkata demikian apabila ditanya oleh Ahmad Fadhli Shaari (Pas- Pasir Mas) ketika mencelah perbahasan Tony Pua (DAP-Damansara) di dewan rakyat, semalam.
“Setujukah Damansara (Pua) jika saya katakan bahawa Pas adalah merupakan parti yang tidak pernah menerima apa-apa dana daripada 1MDB berdasarkan data yang ada?” -Ahmad Fadhli Shaari
Menjawab persoalan ini, Pua berkata,
“Saya tiada maklumat, saya minta menteri (Lim Guan Eng) jawab,”- Tony Pua
Untuk rekod, Tony Pua, bersama Ong Kian Ming merupakan pegawai khas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang bekerja secara percuma.
“Kami dilantik tanpa gaji dan kami cuma mahu membantu. Menteri (Lim Guan Eng) memerlukan pertolongan dalam beberapa bulan ini” – Tony Pua.
Sementara itu, perbahasan Tony Pua yang panjang lebar membuatkan Tan Yee Kew (Wangsa Maju) terlelap. -TTKM-
Leave a Reply