“Harga lebih tinggi dgn SST, berbanding GST!” – Malaysiakini ajar Astro Awani

Portal Malaysiakini melakukan perkiraan terperinci menunjukkan SST 10% akan menyebabkan barang lebih mahal jika dibandingkan dengan GST 6%.
Menurut perkiraan tersebut, barang yang berharga RM100 akan berakhir dengan RM137.80 dengan GST 6% manakala melalui SST 10 %, ia akan berakhir pada pengguna pada RM141.00, atau lebih mahal RM3.20.
Menurut Malaysiakini juga, melalui SST kerajaan dapat kadar cukai efektif sebanyak 8.46% berbanding GST pada kadar 6%.
Grafik dari Malaysiakini
 
Pengiraan ini bertentangan dengan kenyataan Lim Guan Eng sebelum ini yang mengatakan  impak SST cuma separuh dari impak GST.
Ia juga sangat berbeza dengan propaganda Astro Awani yang dikecam netizen sebelum ini. -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.