
KUALA LUMPUR (Julai 20): Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengesahkan 20% royalti yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan kepada negeri pengeluar minyak akan bergantung kepada keuntungan, dan bukan pengeluaran, lapor The Edge Markets.
“(20 % royalti minyak) akan bergantung kepada keuntungan yang diperoleh Petronas di kawasan (negeri) terbabit. Apa yang kita peroleh di Terengganu, tidak akan dibayar kepada Sarawak atau Sabah” – Tun Dr Mahathir.
Beliau kemudian memberikan contoh pengiraan.
“Jika keuntungan mencecah RM100 juta, jadi royalti minyak adalah 20 peratus daripada jumlah itu iaitu RM20 juta” – Tun Dr Mahathir
Perhatikan video dari minit 9:50 keatas :
Kenyataan Tun Dr Mahathir itu adalah bertentangan dengan “Janji 3” dan “Janji 41” manifesto Pakatan Harapan untuk Pilihanraya ke 14 lepas.
“Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah royalti petroleum kepada Sabah dan Sarawak, serta negeri-negeri pengeluar petroleum yang lain, kepada 20 peratus atau nilai yang bersamaan, sebagai salah satu langkah pembahagian hasil petroleum yang lebih adil. Ini akan membolehkan negeri-negeri berkenaan mengambil alih lebih banyak tanggungjawab perbelanjaan pembangunan di peringkat negeri.” – Janji no 3, ms 21, Buku Manifesto Pakatan Harapan.
“Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah royalti petroleum kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus atau nilai yang bersamaan, sebagai salah satu langkah pembahagian hasil petroleum yang lebih adil. Ini akan membolehkan Sabah dan Sarawak mengambil alih lebih banyak tanggungjawab perbelanjaan
pembangunan.” – Janji no 41, ms 114, Buku Manifesto Pakatan Harapan.
Manifesto tersebut dengan jelas berjanji akan memberikan negeri pengeluar minyak 20% royalti, di mana pengkritik mengatakan ia adalah berdasarkan kepada hasil (reveneu) minyak dan gas yang diperoleh dari negeri, bukan keuntungan setelah menolak perbelanjaan.
Pada 19 Julai lalu, Tun Dr Mahathir ketika berbahas di dewan rakyat berkata Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menunaikan janji untuk memberi royalti minyak 20 % kepada Kelantan termasuk negeri pengeluar minyak yang lain.
(Tonton dari minit 8:50 ke atas)
“Kami berjanji untuk beri royalti seperti yang dijanjikan dulu, tidak akan ada penyelewengan tapi kami berharap royalti diguna untuk kebaikan negeri dan tidak disalah guna untuk kuatkan parti dan lain-lain. Ini bukan hak Kelantan dan Terengganu sahaja, ia terkena semua kawasan dan negeri yang keluarkan minyak berdasarkan keuntungan,”– Tun Dr Mahathir.
Ketika kempen PRU 14, Tun Dr Mahathir berulangkali mengatakan akan meningkatkan royalti minyak kepada 20%, tetapi ketika itu tiada dinyatakan ia adalah berdasarkan keuntungan.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menggelar Tun Mahathir sebagai seorang yang mempunyai rekod lidah bercabang. -TTKM-
Leave a Reply