PRK Sg Kandis : 3 penjuru

Shah Alam, 21 Julai: Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR, BN dan Bebas, lapor Bernama.

Calon PKR :Mohd Zawawi Ahmad Mughni,

 Calon BN :Datuk Lokman Noor Adam

 Calon Bebas : K. Murthy.

Pegawai Pengurus PRK DUN Sungai Kandis, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad membuat pengumuman itu pada pukul 10.25 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19 di Shah Alam hari ini.

PRK DUN Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Grafik dari Undi.Info

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Mat Shuhaimi yang mewakili PKR mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) untuk penggal ketiga berturut-turut dengan memperoleh 23,998 undi menentang calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518), calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hanafiah Husin (76).

PRK Sungai Kandis merupakan pilihanraya kecil yang pertama diadakan selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihanraya Umum ke 14 menewaskan Barisan Nasional yang berkuasa semenjak merdeka.

Pilihanraya kecil seterusnya akan diadakan untuk kerusi Balakong kerana adunnya,  Ng Tien Chee maut dalam kemalangan dua hari lepas.

Pemerhati menjangkakan PKR akan mengekalkan penguasaannya di kerusi Sungai Kandis ini tetapi dengan majoriti lebih kecil berbanding PRU lepas memandangkan PAS tidak bertanding kali ini.

Ia juga akan menjadi pengukur populariti Pakatan Harapan berhubung beberapa janji manifesto mereka yang tidak dapat ditunaikan dan juga penentu sama ada Barisan Nasional masih relevan atau tidak -TTKM –

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version