“Royalti kena bayar ikut pengeluaran, bukan keuntungan!” – PSM Kelantan

Kenyataan akhbar

Untuk 5%, PSM (Kelantan) tegaskan royalti petroliam dibayar ikut jumlah pengeluaran. Bukan ikut jumlah keuntungan.

1. Parti Sosialis Malaysia (Kelantan) ingin menegaskan royalti petroliam Kelantan wajib dibayar berdasarkan 5% dari pengeluaran, bukan dari keuntungan.

2. Mekanisme pembayaran yang adil kepada semua pihak, mengikut situasi politik sekarang ini, telah pun diumumkan. Surat cadangan itu juga telah pun diserahkan kepada Perdana Menteri melalui Ibu Pejabat PPBM pada 24 Mei 2018 lepas ( rujuk hantaran di bawah)

3. Pengumuman Perdana Menteri yang terbaru, 20% dibayar mengikut keuntungan adalah terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri. Kerana ianya adalah perjanjian pilihanraya.

Ingin kami tekankan, dalam konteks Kelantan, perjanjian di antara  Kelantan dan Petronas, pada 9 Mei 1975,yang  berdasarkan Akta Kemajuan Petroliam 1974, menjelaskan 5% dari jumlah pengeluaran. Yang ini ini wajib dibayar :

i. Kepada kerajaan negeri yang dipilih rakyat secara demokrasi.

ii. 5% dari jumlah pengeluaran (bukan jumlah keuntungan).

Oleh itu, kami  ingin menegaskan sekali lagi bahawa royalti petroliam Kelantan wajib dibayar berdasarkan 5% dari pengeluaran, bukan dari keuntungan seperti yang diumumkan perdana menteri semalam.

Khairul Nizam Bin Abd Ghani
Pengerusi Kelantan / AJK Pusat
Parti Sosialis Malaysia

21/07/2018

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.