Statistik: “Non Muslim lebih ramai kahwin bawah umur dari Muslim” – Wan Azizah

Parlimen, 21 Julai: Data statistik 2017 perkahwinan bawah umur mengikut agama dan etnik  yang dikeluarkan oleh Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan beberapa data yang mengejutkan.
Seramai 1845 orang kanak-kanak bawah umur telah  berkahwin dengan pasangan dewasa. Daripada jumlah ini, 968 adalah kanak-kanak  non muslim manakala  877 kanak-kanak adalah muslim.
Non Muslim : 968
Muslim : 877

Pendedahan ini bertentangan dengan persepsi masyarakat sebelum ini yang menjangkakan perkahwinan bawah umur adalah masalah yang lebih tertumpu pada masyarakat muslim. Ini adalah kerana Mahkamah Syariah membenarkan perkahwinan sedemikian diadakan dengan mendapatkan kelulusan ibu-bapa dan kebenaran mahkamah Syariah.

Perkara ini juga kini membuktikan masalah perkahwinan bawah umur ini adalah isu nasional, dan bukan sahaja spesifik kepada masyarakat Islam sahaja.

Pecahan etnik non-muslim itu pula menunjukkan kanak-kanak etnik Cina paling banyak berkahwin dengan pasangan dewasa, diikuti dengan etnik Sarawak.

Cina : 384

Etnik Sarawak : 268

Orang Asli Semenanjung : 145

India : 122

Etnik Sabah : 31

Lian-lain :18 

Statistik tersebut merupakan jawapan Wan Azizah (Permatang Pauh) terhadap soalan Kasturi Pattoo (Batu Kawan) di dewan rakyat.
“Saya berharap statistik yg cukup mengejutkan ini mendapat perhatian kabinet supaya pindaan RUU yang bersesuaian dapat dibentangkan untuk dibahas & diluluskan. Saya akan membangkitkan isu perkahwinan kanak-kanak dalam perbahasan menjunjung titah DiRaja minggu hadapan.#PelajarBukanPengantin
#EndChildMarriages #ChildNotBride
 – Kasturi Pattoo
  Berikut merupakan jawapan penuh Wan Azizah (klik untuk imej lebih besar):

 

Isu perkahwinan bawah umur panas diperdebatkan baru-baru ini apabila seorang lelaki berusia 41 tahun dari Gua Musang berkahwin bersama pasangannya yang berusia 11 tahun. -TTKM-

61530349324_kahwin.jpg
Suami kanak-kanak 11 tahun tidak akan bercerai dengan isteri ketiga yang baharu dinikahi dua minggu lalu walaupun mereka akan hanya tinggal bersama lima tahun lagi. -Astro AWANI

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.