ECRL ditangguhkan, 1000 pekerja tempatan hilang kerja!

PAHANG: Mengejutkan. Hampir separuh dari 2250 pekerja tempatan di China Communications and Construction Company (CCCC), kontraktor utama projek ECRL yang ditangguhkan, telah diberhentikan kerja, lapor Channel NewsAsia.

cna.JPG
Tangkap layar laman web Channel NewsAsia

(Baca berita sebelum ini : ECRL : MRL Sdn Bhd arah CCCC gantung semua kerja. 2,250 pekerja tempatan bakal terkesan. )

Memetik sumber dari CCCC, 1000 pekerja yang diberhentikan itu adalah kerana pihak CCCC tidak mengetahui bilakah arahan penangguhan kerja akan ditarik balik.

Tambah sumber tersebut, pekerja yang diberhentikan itu kebanyakannya adalah pekerja tempatan kerana cuma 30% dari tenaga kerja di CCCC Malaysia adalah pekerja asing.

Beberapa ekspatriat dari China, termasuk jurutera, staff pentadbiran, chef dan keluarga mereka sudahpun bercuti panjang dan pulang ke negara asal. Manakala beberapa pekerja tempatan kelihatan masih lagi bekerja sewaktu wartawan Channel NewsAsia menziarahi kem pengkalan (base camp) ECRL di Bentong, Pahang.

Kem tersebut merupakan salah satu yang terbesar dari 8 kem pengkalan (base camp) yang terletak di sepanjang  landasan ECRL 688km yang menghubungkan Laut Cina selatan di bahagian timur ke Selat Melaka di sebelah barat Semenanjung Malaysia.

Kerja setakat ini

Kerja-kerja persedian telah pun disiapkan pada bulan Mac, mengikut sumber Malasia Rail Link (MRL) syarikat milik sepenuhnya kementerian kewangan Malaysia, yang bekerjasama dengan CCCC untuk projek tersebut.

Kerja-kerja peletupan telah bermula di 7 dari 43 terowong, dengan terowong terpanjang adalah sepanjang 16 km di Genting, sedang menunggu  mesin pengorek  bekembar Tunnel Bore Machine (TBM) yang dijadualkan tiba pada bulan November ini.

Komen pekerja tempatan di CCCC

pekerja.JPG
Pekerja tempatan di CCCC Malaysia, Gambar Channel NewsAsia

Pegawai keselamatan, Nadillah Ariffin dan Jurutera junior, Daniel Mohd Hassan berkata mereka bertuah kerana pekerjaan mereka masih selamat setelah melihat beberapa ahli kumpulan mereka diberhentikan beberapa minggu lepas.

1.JPG

“Saya terkejut dengan (berita) penangguhan. Saya telah bekerja di sini selama setahun dan saya berharap ahli kumpulan saya dapat bekerja semula” – Nadillah.

Rakan sekerja beliau, Daniel yang menjalani latihan tiga bulan di bawah program dengan Universiti Beijing, baru mula bekerja sebulan lalu. Beliau turut berbelah bagi masa depannya dengan syarikat tersebut setelah beberapa rakannya diberhentikan.

2.JPG

“Agak sedih sebenarnya.  Kita telah menepati sasaran dan kita telah melakukan kerja dengan baik. Saya berharap saya tidak mendapat surat dari HR” – Daniel Mohd Hassan

Program latihan tersebut juga ditangguhkan seiring dengan arahan pemberhentian kerja beberapa minggu lepas.

Kenapa diberhentikan kerja?
Staff pengurusan CCCC yang enggan namanya dinyatakan, memberitahu Channel NewsAsia bahawa mereka tidak tahu sebab sebenarnya pemberhentian kerja berlaku.

Mereka hanya mengetahui dari laporan media bahawa kerajaan Pakatan Harapan, yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan projek tersebut adalah sangat tinggi dan memerlukan perundingan semula. 

Video penuh laporan Channel News Asia:

ECRL projek membazir- PM. 

Ketika kempen PRU ke 14 lepas , Tun Dr Mahathir berkata Pakatan Harapan tidak menolak kemungkinan akan menghentikan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekiranya menang PRU14.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ini kerana projek ECRL yang membabitkan pembinaan laluan rel sejauh 688 kilometer merentasi sebahagian Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan bernilai RM55 billion itu merupakan satu pembaziran.

image.jpg
Gambar dari Sinar Harian.

Beliau membuat perbandingan masa perjalanan menggunakan keretapi dengan kapal terbang.

TTKM mendapati laman web MRL menyatakan tempoh masa perjalanan di antara Wakaf Baru ke Gombak menggunakan tren laju adalah cuma di bawah 4 jam. Oleh itu, jarak masa perjalanan dari Pelabuhan Kelang ke Kota Bharu adalah di bawah 5 jam, tidak mungkin sehingga 14 jam seperti yang didakwa Tun Dr Mahathir.
Jet merupakan mod pengangkutan yang sering digunakan oleh Tun Dr Mahathir ketika kempen PRU 14 lepas. Pernah satu ketika  beliau mendakwa pesawat yang akan dinaikinya telah disabotaj. Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut disangkal oleh syarikat jet persendirian, Vista Jet yang dinaiki oleh Tun pada ketika itu. -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.