Harga petrol stabil, tapi harga durian jatuh!

Sumber dari Rafizi Ramli 

Di sosial media sekarang ini rancak dengan gambar-gambar netizen menikmati pelbagai jenis durian. Dari mana datangnya lambakan durian-durian ini?

Musim durian sering dikaitkan dengan negeri di Barat Malaysia. Ianya dipengaruhi oleh angin monsun tahunan. Perubahan cuaca amat memainkan peranan dalam menentukan bila masanya musim durian.

Antara tiga kawasan di Barat Malaysia yang terlibat adalah:

Pertama ialah bahagian utara seperti negeri Perlis, Kedah, Penang dan kawasan di utara Perak. Musim durian di negeri-negeri ini dikatakan bermula dari Jun atau Julai.

Kedua ialah bahagian tengah dan selatan termasuk negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor dan selatan Perak. Musim berbuah durian akan bermula dari Jun sehingga Ogos. Namun, ada juga musim durian yang datang sekitar bulan Disember atau Januari.

Kawasan ketiga ialah bahagian perantauan Timur. Kawasan ini bermula dari utara Kelantan menerusi Terengganu hingga kawasan perantauan Pahang. Musim durian hanya berlaku dalam bulan Julai hingga September.

37412628_2003400983027732_4158068181262401536_n.png

Jadi, lambakan durian yang berada di pasaran sekarang mungkin hasil daripada negeri-negeri di kawasan pertama dan kedua. Namun, awas bagi mereka yang mengidap Diabetes perlu mengawal pengambilan durian kerana seulas durian mengandungi lebih kurang 10g gula.

INVOKE Malaysia

Author: TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.