PRK Sg Kandis: ABAH!!(Asalkan Bukan PH!) – Nasrudin Hassan

Sungai Kandis, 22 Julai: PAS tidak menghantar calonnya pada pilihanraya kecil Sungai Kandis kerana ingin perlawanan 1 lawan 1 di antara PH dan BN supaya PH mudah ditewaskan, kata Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan PAS. Beliau turut memperkenalkan slogan ABAH yang bermaksud “Asal Bukan Pakatan Harapan”.

“PAS tidak menghantar calon kerana PAS telah memutuskan awalnya untuk memastikan Pilihanraya Kecik Sg Kandis menyaksikan hanya 1 lawan 1. Supaya undi pembangkang tidak pecah dan PH mudah ditewaskan. Asal Bukan Pakatan Harapan -ABAH” – Nasrudin Hassan

Beliau juga menyeru pengundi Sungai Kandis supaya PH dikalahkan untuk memberi isyarat bahawa rakyat tidak mahu dipermainkan dengan kegagalan manifesto PH.

“PH mesti dikalahkan dalam PRK Sg Kandis. Ia menjadi satu isyarat kepada kerajaan PH bahawa rakyat tidak mahu terus dipermain dengan kegagalan PH menunaikan janji pilihanraya seperti hapuskan tol, turunkan harga minyak, hapuskan hutang peneroka felda dan banyak lagi.” – Nasrudin Hassan

Tambah Nasrudin lagi, kerajaan PH dilihat tidak seimbang, rasis dan terlalu membuka jalan kepada mempersendakan Islam termasuk gesaan supaya Maahad Tahfiz ditutup. Selain itu mereka juga memberi muka kepada LGBT, anti hadis dan melantik bukan islam dalam sektor kehakiman dan undang-undang.

“Kerajaan PH dilihat sangat tidak seimbang. Rasis dan terlalu membuka jalan kepada persendaan Islam. Suara – suara yang mengundang keresahan ummat Islam makin marak bebas dan tidak diambil tindakan yang wajar oleh pihak kerajaan PH.Seperti gesaan supaya Maahad Tahfiz ditutup, terlalu memberi muka kepada LGBT, pemikiran anti hadis, posisi penting dalam sektor kehakiman dan undang-undang tidak diberikan kepada orang Islam, pemikiran liberal, terdapat individu yang didakwa menyokong gerakan pengganas jadi pemimpin kerajaan, dominasi DAP yang sangat skeptikal terhadap perjuangan Islam dalam PH dan sebagainya.”  – Nasrudin Hassan

Pada PRU 2018, PAS meletakkan calon di Sungai Kandis dan hanya meraih tempat ketiga di belakang PKR dan BN.

kandis2.JPG
Grafik Undi.Info

Nasrudin Hassan pula yang bertanding di parlimen Indera Mahkota (P082)  hanya meraih 17,515 undi dan tewas kepada calon PKR (Pakatan Harapan) Dato Saifuddin Abdullah yang meraih 28,578 undi atau majoriti 11,063 undi.

indera.JPG
Grafik Undi.Info

Di media sosial, keengganan PAS bertanding dan memberi laluan kepada BN dilihat sebagai titik ‘persefahaman tidak rasmi” di antara kedua parti politik tersebut. Jika parti-parti politik PH bersenggama pada 9 Mei dan akan beranak pada 19 februari depan, maka tarikh pembuangan undi PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos ini dilihat sebagai tarikh perkahwinan di antara PAS dan BN. -TTKM –

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.