Serbuan SPRM, cubaan sabotaj kunjungan Daim ke China?

Cubaan Malaysia menghantar Tun Daim sebelum kunjungan Perdana Menteri untuk menjernihkan hubungan dengan China, berdepan masalah minggu lepas, lapor The Strait Times.

Ini berhubung serbuan SPRM ke atas dua syarikat milik China yang terlibat dengan projek infrastruktur bernilai berbillion ringgit.

Menurut laporan tersebut, sumber diplomat mengatakan Tun Daim Zainudin, duta khas yang dihantar oleh kerajaan baru Malaysia untuk berunding, terkejut apabila beliau diberitahu oleh rakan-rakannya di China mengenai serbuan terhadap dua syarikat China oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Serbuan tersebut berlaku beberapa ketika sebelum mesyuarat Daim dengan Menteri Luar China, Wong Yi berlangsung.

b4be780433cd29901f9ea8d84c2c9c02.jpeg
Daim berjumpa Wang pada 18 Jun, hari sama SPRM merampas dokumen berkaitan Landasan Berkembar Pantai Timur (ECRL) serta Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).

Tambah laporan itu lagi, Daim kemudian memberitahu Beijing bahawa serbuan tersebut sesuatu yang malang. Beliau juga menekankan Malaysia kekal serius tentang mengekalkan hubungan kukuh dengan China berhubung keputusan kerajaan awal bulan ini yang secara sementara menangguhkan beberapa projek infrastruktur yang dimulakan oleh pemerintahan Najib Razak terdahulu.

SPRM juga tidak memberikan komen mengapakah mereka melakukan serbuan ketika kunjungan Daim ke China, yang cuma dua minggu selepas Kuala Lumpur menggantung projek yang diketuai oleh China Petroleum Pipeline Bureau dan China Communications Construction Company (dalam projek ECRL)

Pada perkembangan yang sama, laporan Strait Times memetik kenyataan seorang eksekutif senior di sektor pembinaan yang terlibat tersebut berspekulasi bahawa rakan-rakan China melihat serbuan SPRM pada Rabu lepas sebagai strategi keras oleh pentadbiran baru Tun Dr Mahathir untuk menarik konsesi dari China apabila merunding semula projek Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP), serta projek keretapi laju ECRL.

Walau bagaimanapun, mereka yang rapat dengan Daim menyangkal spekulasi yang mengatakan serbuan SPRM itu dikoordinasikan untuk memperoleh pengumpilan (extract leverage)  dengan China.

Pegawai kerajaan Malaysia, yang enggan identitinya didedahkan turut memberitahu The Sunday Times  bahawa serbuan itu tiada kaitan dengan kunjungan Daim dan siasatan mengenai dakwaan salah guna kuasa dalam penganugerahan kontrak oleh kerajaan sebelum ini haruslah dilakukan tanpa sebarang pemilihan.

Walaupun begitu, terdapat spekulasi yang kuat bahawa persekitaran politik negara yang bergolak mungkin bertanggungjawab dalam usaha untuk melemahkan usaha Tun Daim yang mahu memastikan hubungan dengan China kembali ke landasan sebelum kunjungan rasmi Tun Dr. Mahathir ke Beijing bulan hadapan.

Ada juga teori yang dikatakan oleh mereka yang rapat dengan Daim bahawa elemen rogue penjawat awam yang memihak kepada pemerintahan sebelum ini mungkin menghasut SPRM melakukan serbuan untuk merumitkan hubungan diplomatik yang rapat dengan China yang semakin samar.

Selain itu, ada juga yang mencadangkan serbuan tersebut dilakukan untuk memalukan Daim, yang diserang oleh beberapa puak dalam kerajaan baru kerana pengaruh  kuat yang beliau nikmati sebagai ketua Council of Eminent Person (CEP).

CEP yang bertujuan asalnya untuk membantu kerajaan baru dalam 100 pemerintahan pertama, kini dispekulasi khidmat mereka akan disambung. Di mana ini telah menyebabkan kritikan dari beberapa faksi politik dalam kerajaan baru yang beranggapan Daim akan memaksa penstrukturan semula dan pertukaran  pengurusan pada entiti milik negara untuk menguntungkan  penyokong dan rakan perniagaannya.

CEP merupakan jawatan kuasa yang tidak diperuntukkan dalam perlembagaan negara Malaysia. Pengkritik melihat jawatankuasa tersebut dibentuk untuk mengukuhkan cengkaman dan pengaruh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada kerajaan baru Pakatan Harapan di mana parti yang diwakili beliau cuma memenangi 12 kerusi. – TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: