Mon. May 27th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

China beli kelapa sawit Indonesia bernilai RM3 billion. Malaysia?

3 min read

Foto udara menunjukkan hamparan pohon kelapa sawit di dalam kawasan konservasi Suaka Margasatwa Rawa Singkil Desa Lhok Raya, Kecamatan Trumon Tengah, Aceh Selatan, Aceh, Sabtu (3/3). Data Geographic Information System (GIS) Yayasan Hutan, Alam dan Lingkungan Aceh menyebutkan dari 81.338 hektar luas area kawasan konservasi Suaka Margasatwa Rawa Singkil telah menyusut menjadi 77.065 hektar akibat maraknya pembukaan lahan untuk perkebunan kelapa sawit. ANTARA FOTO/Syifa Yulinnas/foc/18.

BEIJING, 23 Julai: Ahli perniagaan China menandatangani kontrak pembelian kelapa sawit dan produk turunannya dari Indonesia bernilai RM3 billion (US$726 juta) seberat 1.21 juta tan dalam jangka waktu satu tahun ke depan, lapor Republika.

Kerjasama ini berlangsung ketika Seminar “The China-Indonesia Palm Oil Trade and Promotion”  yang diadakan di Nanjing, RRT, pada tanggal 11 Julai 2018. Duta Besar Republik Indonesia untuk China dan Mongolia, Djauhari Oratmangun, turut menyaksikan penandatanganan ini dan menjadi pengacara dalam seminar tersebut.

tandatangan-kontrak-pembelian-kelapa-sawit-indonesia-750x423.jpg

Kontrak pembelian dilakukan oleh beberapa perusahaan Indonesia dan China seperti PT Wilmar Nabati Indonesia, Cofco China, Yihai dan Kerry Investment Co. Ltd. Sekitar 1 juta tan hasil dari kontrak pembelian kelapa sawit dan turunannya ini bersumber dari kebun kelapa sawit di Sumatera.

Djauhari Oratmangun berkata, permintaan China terhadap produk sawit semakin meningkat karena pengusaha ­mereka percaya kualiti dan kuantiti produk sawit Indonesia dan turunannya.

“Indonesia sebagai pengeluar  kelapa sawit terbesar dunia saat ini terus memberikan impak yang signifikan bagi pertumbuhan ekonomi nasional.Permintaan kelapa sawit yang semakin meningkat dari China dapat dipenuhi Indonesia sehingga pengusaha China dapat mempercayai kemampuan akan kualiti dan kuantiti produk kelapa sawit Indonesia dan turunannya,” Djauhari Oratmangun

Nilai eksport produk sawit dan turunannya dari Indonesia ke China pada 2017 mencapai US$ 221 juta, lebih tinggi dari tahun 2016 sebesar US$167 juta. Ini menempatkan Indonesia sebagai pengeksport kelapa sawit nombor ke China.

Permintaan sawit Malaysia menurun

Sementara itu, Presiden dan CEO Felda Global Venture, Datuk Zakaria Arshad berkata terdapat penurunan permintaan kelapa sawit Malaysia di China.

“Terdapat penurunan (bahagian pasaran di China) kerana harga sangat kompetitif di China. Walau bagaimanapun, kita sedang berusaha untuk mengekalkan bahagian pasaran (market share) kami di negara tersebut” – Zakaria

Kunjungan PM ke China 

Sementara itu, Datuk Zakaria turut berharap kunjungan Perdana Menteri ke China pada Ogos depan akan membincangkan topik eksport minyak kepala sawit ke China.

“Kami menjangkakan kunjungan rasmi Perdana Menteri ke China akan memberi faedah kepada sektor minyak sawit. Kita juga berharap hubungan bilateral di antara Malaysi adan China kan bertambah baik, terutamanya dalam perniagaan minyak sawit.” -Zakaria

Zakaria turut menyatakan kegusaran beliau tentang permintaan minyak sawit oleh China telah berkurangan kerana persaingan dari Indonesia dan negara pengeksport lain.

Usaha getir. 

Usaha ini dilihat sangat getir kerana projek ECRL di mana syarikat China, CCCC telah diberikan arahan pemberhentian kerja beberapa minggu lepas oleh MRL. Ini membawa kepada hampir 1000 pekerja tempatan di CCCC Malaysia telah diberhentikan kerja. 

Komen pekerja tempatan di CCCC

pekerja.JPG
Pekerja tempatan di CCCC Malaysia, Gambar Channel NewsAsia

Pegawai keselamatan, Nadillah Ariffin dan Jurutera junior, Daniel Mohd Hassan berkata mereka bertuah kerana pekerjaan mereka masih selamat setelah melihat beberapa ahli kumpulan mereka diberhentikan beberapa minggu lepas.

1.JPG

“Saya terkejut dengan (berita) penangguhan. Saya telah bekerja di sini selama setahun dan saya berharap ahli kumpulan saya dapat bekerja semula” – Nadillah.

Rakan sekerja beliau, Daniel yang menjalani latihan tiga bulan di bawah program dengan Universiti Beijing, baru mula bekerja sebulan lalu. Beliau turut berbelah bagi masa depannya dengan syarikat tersebut setelah beberapa rakannya diberhentikan.

2.JPG

“Agak sedih sebenarnya.  Kita telah menepati sasaran dan kita telah melakukan kerja dengan baik. Saya berharap saya tidak mendapat surat dari HR” – Daniel Mohd Hassan

Program latihan tersebut juga ditangguhkan seiring dengan arahan pemberhentian kerja beberapa minggu lepas.

Selain itu, ketika kunjungan Tun Daim sedang berlaku di China, SPRM pula melakukan rampasan dokumen berkaitan Landasan Berkembar Pantai Timur (ECRL) serta Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) di pejabat syarikat China.

Sentimen anti-China dimainkan oleh Pakatan Harapan pada PRU-14 lepas. Malah,  Tun Dr Mahathir mendakwa tiada pekerja tempatan terlibat dalam projek pelaburan China di Malaysia -TTKM-

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: