Gagal bayar PTPTN, akan diisytihar bankrap sebelum keluar negara!

KUALA LUMPUR, 23 Julai —  Pada masa depan, kerajaan akan mengisytiharkan peminjam yang  tidak membuat pembayaran PTPTN sebagai bankrap sebelum mereka disenarai hitam dari meninggalkan negara, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, menurut laporan The Malay Mail.

Tambah beliau lagi, arahan menarik semula larangan keluar negara oleh peminjam PTPTN yang gagal membuat pembayaran sebelum ini adalah cuma di atas premis bahawa setiap rakyat mempunyai hak untuk bergerak secara bebas.

“Hanya kerana kita adalah kerajaan, kita tidak boleh melakukan tindakan sesuka hati. Jadi jika kita perlu bankrapkan peminjam untuk memasukkan mereka dalam senarai hitam, kita akan lakukannya di masa depan. Kita akan mengambil langkah-langkah yang perlu” – Teo Nie Ching

Teo berkata lagi, pemerintahan sebelum ini tidak konsisten mengimplimentasikan polisi berhubung peminjam yang tidak membuat pembayaran balik pada masa lepas.

Selain itu, menurut Teo, sesiapa yang membuat pinjaman pendidikan dari bank hanya disenarai hitam dari keluar negara apabila mereka diisytiharkan bankrap, tetapi tidak bagi peminjam PTPTN yang gagal membuat pembayaran tetapi tidak diisytiharkan bankrap, nama mereka akan serta-merta diletakkan dalam senarai tidak dibenarkan terbang oleh Jabatan Imigresen.
“Jadi, saya berasa ini agak tidak adil bagi peminjam yang memerlukan wang untuk menghabiskan pelajaran mereka” –  Teo Nie Ching

Teo menjawab perkara ini sebagai menjawab soalan dari MP Kuala Kedah, Azman Ismail yang bertanya mengapakah PH menarik balik arahan larangan keluar negara bagi peminjam PTPTN yang gagal membuat pembayaran dan adakah cara ekftif untuk membuat mereka membayar balik pinjaman yang telah dilakukan.

Bulan lepas, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful  Wan Jan mengumumkan bahawa nama 429,945  peminjam PTPTN yang gagal membuat pembayaran telah dikeluarkan dari senarai hitam Jabatan Imigresen.  Tetapi, beliau turut menambah peminjam yang gagal membuat pembayaran akan disenarai hitam di bawah sistem CCRIS Bank Negara.

Ketika PRU ke 14, Pakatan Harapan berjanji dalam 100 hari akan menangguhkan pembayaran PTPTN selagi gaji peminjam tidak mencecah RM4000 sebulan. Janji tersebut menjadi janji dicapati apabila menteri pendidikan mengatakan janji tersebut akan ditangguhkan kerana mereka tidak mengetahui kedudukan sebenar kewangan negara pada ketika itu.

28685279_10157186395691258_8280739596746792598_n.jpg
Tangguh bayar PTPTN, janji #6 100 hari PH.

Menjawab soalan Khairy Jamaluddin di dewan rakyat, Dr Maszlee mengesahkan janji menangguhkan pembayaran PTPTN yang sepatutnya ditunaikan dalam 100 hari itu masih dikaji. 

Sementara itu, Wan Saiful pula berkata Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak tahu cara melaksanakan pelan menangguhkan bayaran pinjaman pendidikan yang dijanjikan Pakatan Harapan tanpa data gaji peminjam.

wan saiful pribumi.jpg
Wan Saiful Wan Jan, The Star.

Oleh itu pengerusi PTPTN itu meminta 1.3 juta peminjam mengemaskini data pendapatan masing-masing dangan badan itu.

“Kita kena tahu siapa yang gajinya bawah RM4,000, siapa yang gajinya lebih RM4,000. Yang bawah RM4,000 itu sahaja yang dapat pengecualian. Selagi kita tak ada data itu kita tak tahu macam mana cara nak laksana penangguhan bayaran itu,”  Wan Saiful  Wan Jan

Wan Saiful berkata peminjam mempunyai masa sehingga 25 Julai ini untuk mengemaskini maklumat masing-masing. -TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.