Hutang Malaysia – Pembohongan Tun Dr Mahathir dikantoikan!

bottle

Pendapat oleh : Najib Saahari 

Pertama sekali Tun memberikan data mengelirukan  mengenai bab hutang negara .

Tun menaikkan hutang  untuk membuatkan orang membenci dengan kerajaan sebelum ini dan sekarang Tun cuba pula melakukan  pembohongan untuk mengangkat diri sendiri .

Betul kah hutang Malaysia tidak pernah naik lebih 27% daripada GDP pada zaman Tun? Mari kita lihat data di zaman beliau.

37633982_2184710224892087_6461431190460039168_n (1).jpg

Hutang tertinggi Malaysia berbanding GDP ialah pada tahun 1986 lebih kurang 103% berbanding GDP . Selepas 1986,  hutang Malaysia menurun dari segi peratusan ( boleh rujuk laman web BNM ) . Jumlahnya masih kekal . Kenapa berkurang sebab tu ekonomi Malaysia berkembang and normal untuk Malaysia berkembang pesat pada ketika itu kerana kesan asas (base effect). Satu lagi kerana ekonomi duniaketika itu berkembang pesat jadi Malaysia mendapat tempiasnya .

Tun dengan selamba melakukan pembohongan sehingga dia terlupa pada zaman beliau undang-undang tentang debt ceiling ratio diperkenalkan . Akta pembiayaan kerajaan diperkenalkan pada tahun 1983, ketika zaman beliau juga.  Tetapi seperti biasa beliau langgar sahaja undang-undang tersebut.  Zaman PM ke 6 barulah  akta itu dipatuhi .

Hutang zaman itu tidak terdedah kepada systemic risk ? Okaylah, bab ini Tun bercakap benar tetapi mengelirukan . Dasar penswastaan yang dibuat banyak menyebabkan projek-projek kerajaan dibuat oleh swasta ( baca; kroni ) bukan kerajaan, jadi syarikat kerajaan tidak terdedah kepada systemic risk tetapi swasta banyak yang terdedah kepada systemic risk .

Dasar ini membuatkan hutang swasta meningkat dan ini mendedahkan Malaysia kepada systemic risk . Renong terpaksa dibail out kerana pendedahan kepada hutang terlampau tinggi . Kita rujuk data NPL ( Non performing loan ) naik masa zaman Tun . NPL masa june 1997 2.7% , december 2007 4.08% naik hampir double dan july 1998 paling tinggi naik 11.45% ( boleh rujuk laman web EPU ) . Bila NPL naik pembiayaan and peminjaman untuk sektor kewangan menurun drastik dan itu mengakibatkan kecairan duit menjadi ketat. Itu bukan systemic risk kah Tun ?

Tun lupa kah , Tun yang memulakan dana harta untuk selamatkan syarikat-syarikat yang bermasalah? Jikalau tiada systemic risk, kenapa Tun memulakan dana harta tersebut? Saja suka-suka? Danaharta itu ditubuhkan untuk selamatkan sektor kewangan daripada menanggung NP. Jadi Tun, apa benda tiada systemic risk ?

Okaylah Tun, cukuplah sampai sini . Tun saja nak beritahu Tun boleh kencing golongan yang uneducated? Percayalah,  Tun tak boleh kencing semua orang . Kalau nak kencing semua orang , kena banyak minum air.  -TTKM – 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.