KUALA LUMPUR, 23 Julai: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berpuas hati dengan kehadiran anggota Kabinet dan timbalan mereka di Dewan Rakyat, lapor MStar.
Berdasarkan aturan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertanya soalan pertama kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung pinjaman mudah dari Jepun, tetapi mengejutkan soalan itu dijawab oleh Perdana Menteri.
Bagaimanapun, perdana menteri berkata, beliau tidak akan mengenakan tindakan terhadap mereka menerusi petunjuk prestasi utama (KPI).
“Saya tidak pernah puas hati dengan apa saja tetapi menteri dan timbalan menteri sepatutnya memperbaiki rekod kehadiran di Dewan Rakyat dan mempunyai alasan munasabah kerana tidak hadir pada sesi persidangan,” – Tun Dr Mahathir
Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan prestasi dirinya, Dr Mahathir menjawab dengan sini, beliau telah melebihi jangkauan.
“Saya telah lakukan melampaui jangkauan, saya bekerja 24 jam sehari. Jika saya dapat lebih masa dalam sehari, mungkin 36 jam, saya akan bekerja selama 36 jam,” – Tun Dr Mahathir.
-TTKM-