Mon. May 27th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

U-turn royalti minyak: Azizah rujuk PM dulu.

2 min read

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah berkata beliau akan merujuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berhubung kenyataan beliau bahawa 20% royalti minyak dari negeri tertentu adalah dari keuntungan, bukan perolehan menurut laporan The Star. Beliau turut menafikan Pakatan Harapan melakukan pusingan-U dalam perkata tersebut.

“Saya tak fikir kami melakukan pusingan-U, saya perlu rujuk Perdana Menteri kerana ia terkandung dalam manifesto kami” – Datuk Seri Wan Azizah

Wan Azizah kemudian berkata kerajaan perlu memikirkan mengenai kewangan negara kemudian melihat bagaimana janji manifesto dapat ditunaikan secara teratur.

“Kita perlu memikirkan kewangan negara, kemudian melihat bagaimana kita boleh menunaikannya secara teratur kerana kita tidak mahu membuat janji kosong” – Datuk Seri Wan Azizah

Terdahulu, Mahathir mengesahkan janji Pakatan Harapan untuk memberikan 20% royalti kepada negeri yang mengeluarkan petroleum, tetapi ia berdasarkan keuntungan, bukan perolehan. 

Perkara ini adalah bercanggah dengan manifesto PH pada PRU 14 yang berjanji untuk memberikan royalti 20% berdasarkan perolehan.

“Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah royalti petroleum kepada Sabah dan Sarawak, serta negeri-negeri pengeluar petroleum yang lain, kepada 20 peratus atau nilai yang bersamaan, sebagai salah satu langkah pembahagian hasil petroleum yang lebih adil. Ini akan membolehkan negeri-negeri berkenaan mengambil alih lebih banyak tanggungjawab perbelanjaan pembangunan di peringkat negeri.” – Janji no 3, ms 21, Buku Manifesto Pakatan Harapan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau juga akan bertanyakan hal tersebut untuk kepastian.

20% royalti adalah nilai yang sepatutnya diterima oleh Sabah dan Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963.

Ketika ini, Sabah hanya memperoleh 5% royalti dari Petronas.  -TTKM-

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: