“Takkan hari ni kahwin, hari ni beranak!” – Mordi, MP DAP Mas Gading

Parlimen, 23 Julai: Slogan yang selalu ditroll oleh  netizen kepada penyokong PH iaitu “Kalau hari ini kahwin, esok beranak“, digunakan pula oleh ahli parlimen DAP Mas Gading, Mordi ANAK Bimol . Walau bagaimanapun, Mordi menukarkan perkataan ‘esok’ kepada ‘hari ini’.

(Tonton video pada minit 6:30 https://www.kinitv.com/video/63673O74)

Mordi berkata sedemikian sebagai menjawab kritikan Ahli Parlimen Kinabatangan ,Datuk Bung Moktar Radin yang membangkitkan isu  janji HARAPAN yang tidak ditunaikan seperti pemansuhan tol.

“Yang berhormat Kinabatangan, bagilah kita sedikit masa. 100 hari pun belum lagi. Takkanlah hari ini kahwin, hari ini juga beranak? Betul tak? So kita perlukan masa. Kita dah bagi peluang dengan Barisan Nasional lebih 50 tahun. Ha! Kita baru tak sampai 100 hari lagi! – Mordi ANAK Bimol

Bung Mokhtar kemudian menyindir jawapan yang sangat mudah tersebut dengan gelak ketawa:

bung.JPG

“Jawapan (begitu mudah), orang kampung saya kata sifir dua. Jawapan standard” – Datuk Bung Moktar Radin

Ketika PRU 14, Pakatan Harapan menaburkan pelbagai janji kepada pengundi seperti yang terkandung dalam Buku Manifesto PH. Di samping itu, terdapat juga 10 janji yang perlu ditunaikan dalam masa 100 hari pemerintahan termasuklah minyak subsidi bersasar, gaji minima, dan penangguhan pembayaran PTPTN. Kesemua janji tersebut gagal ditunaikan setakat ini.

Minggu lepas, Tun Dr Mahathir mengakui tidak dapat menunaikan semua beberapa janji pakatan harapan dan mengatakan manifesto itu bukanlah kitab suci yang wajib diikuti.

“Tapi atas sebab tertentu, kita tidak dapat patuhi manifesto. Kita perlu ingat, manifesto bukan kitab suci, ia hanya panduan. Kadang-kadang kita boleh laksanakan sesuatu perkara, kadang-kadang tidak boleh, jadi kita perlu berfikiran praktikal” – Tun Dr Mahathir.

Sebelum itu, kerana tidak tahan diasak di media sosial, penyokong kerajaan (Jikera) telah memperkenalkan slogan “Takkan hari ini kahwin, esok beranak?” untuk mendapatkan talian hayat.

Simpati dengan permintaan Jikera, TTKM telah menaikkan satu counter bilakah Pakatan Harapan akan beranak setelah bersenggama pada 9 Mei 2018 lepas, iaitu pada 19 Februari 2019 yang masih berbaki 210 hari lagi. -TTKM-

cc.JPG

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.